A hollow speech

Jangan cuba pindah tanah rizab Melayu’

Fazy Sahir
 | March 19, 2012
"Semua yang terlibat dalam urusan tanah agar sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu sampai tidak ada yang bertukar status," titah Sultan Selangor.
Sekitar Dun Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar tiada pihak yang berani cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada mana-mana individu atau syarikat bukan milik Melayu.
Tuanku bertitah demikian ketika upacara pembukaan persidangan penggal kelima Dewan Negeri Selangor (Dun) di sini pagi ini.
Titah baginda, kerajaan negeri Selangor perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang wajar untuk kegunaan semasa kecemasan.
“Beta percaya Dato’ Menteri Besar, kerajaan negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu sampai tidak ada yang bertukar status.
“Beta difahamkan pentadbiran negeri dapat meningkatkan simpanan rizab negeri kepada Ringgit Malaysia Satu Perpuluhan Sembilan Bilion (RM1.9 bilion) pada 2011,” titah Tuanku.
Sultan Sharafuddin bertitah, kerajaan negeri harus pintar dalam menyediakan peruntukan dan agihan bantuan.
“Bantuan adalah sebagai sokongan dengan matlamat agar akhirnya golongan yang dibantu dapat berdikari. Bantuan dan subsidi tidak wajar diberikan kepada mereka yang berkemampuan dan tidak layak.
“Bagi kebajikan rakyat juga, perbelanjaan untuk infrastruktur perlu ditingkatkan secara berterusan bagi memastikan kualiti kemudahan awam sentiasa kekal baik,” titah Tuanku.
Hasan, Jati dan IMR
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali turut hadir dalam persidangan upacara berkenaan.
Beliau yang kini dikenali sebagai wakil bebas ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan terus mengetengahkan isu berkaitan Islam, Melayu dan Raja (IMR) dalam persidangan kali ini.
“Saya akan ketengahkan IMR. Walaupun ramai kata Hasan cauvinis tapi saya mahu ketengahkan Islam dalam konteks ‘multiracial’. Saya mahu beritahu kepada masyarakat bukan Islam tentang peranan institusi raja.
“Saya mahu sentuh tentang amalan agama, hak istimewa orang Melayu dan ia bukan hanya sentuh tentang tanah rizab Melayu seperti dalam titah Sultan tapi ia lebih global,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pembukaan sidang pagi ini.
Ketika ditanya peranan beliau sebagai Adun bebas, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata tiada masalah bagi beliau.
Beliau menyifatkan dirinya sebagai ‘walking tall’ dan beranggapan perjuangannya tidak secocok dengan DAP mahupun Pakatan Rakyat.
“Saya tiada masalah untuk bergerak sebagai Adun bebas. Saya bukan perasuah, tidak meliwat dan melakukan benda-benda yang terlarang oleh Islam,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata beliau akan mendedahkan rakaman video didakwa golongan yang murtad dalam masa terdekat, sepertimana yang pernah dijanjikannya sebelum ini.
******************************************************************
The present Sultan and his dead father have never kept their words during their reign.  There are many issue but most important one was that land be given to those born in Selangor.  I know of many like myself born in Selangor who cannot even dream of owing one small plot.
Since 1984 till today, only those with connection and money can get a plot of land in Selangor, otherwise buy it from the open market.
Now this can be very frustrating if you don't have that kind of big money in hand.
Sultans like to give the impression they are caring but behind and away from the public they are cunning and greedy. 
To apply for land especially now, you have to have a company, with a Bumi  born in Selangor as Director. Then you must cough out RM40,000 as search and transaction fee to the middle man, who has the right connection with Land Office.  Then you are given 10 to 100 acres depending on how strong that cable is.  These land are all agriculture.  But can be converted after seven years.  In the meantime the company can lease it to the Chinese to do something with it. Once the seven years has completed, the land will begin to change hands sometimes several times making the people in Land Office very, very rich.  In Selangor some junior officers are already millionaire before they reach 45 years old.  Many will then opt to retire early.
So if you are poor or don't have RM40,000 to spare, that can be arrange by selling yourself or children.  Many Indonesians are getting land in Gombak through this mean.  That is why many of them are land owners even though they are born in Indonesia.
So what about Malaysians who are born in Selangor?  Why can't they get land just using their own Mykad  and birth certificate as proof? Do we not deserve the same right as companies, Ali Baba and Indonesians?
Sultan of Selangor may be educated but he is shallow and all talk only.

Comments