Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun . Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama, dekat 6 tahun . Duduk situ, kerja bukannya kerja besar, kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran . Adik aku pulak kerja jadi baby sitter . Gaji, takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku . . . tapi . . .
1 . Baju kat sana 3 pound . Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion, KL .
Baju orang kebanyakan di UK, baju orang kaya di Malaysia .
2 . Kasut Lacoste kat sana 20 pound .
3 . Sewa bilik ada dapur 200 pound .
4 . Transportation, takde, naik bas, naik tube, satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride .
Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang .
Naik tube tak pernah rasa tak selesa . Ada Oyster kad, senang nak ke mana-mana .
5 . Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur, satu troli 20 pound . Lepas untuk seminggu .
6 . Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke
mana-mana .
7 . Jalanraya sesuai untuk bawak basikal. Adik ipar aku, main transportation dia, basikal,
undang-undang . . . wajib pakai helmet .
8 . Tambang tube nak ke airport . . . 3 pound .
9 . DVD ori sekeping 3 pound . Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound .
10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam
tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut .
11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas . . .
12 . Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash . . . dengan hanya
mengeluarkan 500 pound .
Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand . .
kereta di UK tidak ada value sangat kerana . . .
pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup .
Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan
sangat .
Bila dia balik Malaysia,
. . . . . . kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup .
Barang makanan sekali pegi beli Rm200 . Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah .
Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana?
Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"
Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain . . . Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK .
Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia, layak ke diorang?"
IF YOU AGREE, Pass On
IF YOU DON'T AGREE, THEN YOU MUST BE ONE OF THE CRONY
IF YOU DELETE, THEN YOU ARE A CHICKEN . . .
AND DON'T BLAME THE HARDSHIP IN YEARS TO COME...
For your next grand generation
Things which matter most should never be left at the bitter mercy of things which matter least .
Comments