Plight of a Teacher

Lakaran Setulus Ikhlas Untuk PM 
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia YAB PM,
 
Saya seorang pendidik yang kini bertugas di sebuah sekolah menengah di Selangor terpaksa menggunakan  saluran ini untuk menyatakan serta membuktikan bahawa guru-guru bukan Melayu di pinggirkan oleh Kementerian Pelajaran sejak beberapa dekad ini semata-mata kerana manifestasi Ketuanan Melayu yang dianjurkan oleh kerajaan PM.Guru merupakan profesion yang mulia itulah pesanan arwah ayah saya pada hari pertama menjejak kaki di sekolah sebagai seorang pendidik.Arwah ayah saya berpesan untuk menjadi pendidik yang berkaliber untuk membina generasi  kanak-kanak yang mentah itu tanpa mengira bangsa atau agama.Saya berpegang kepada prinsip tersebut hingga kini tetapi prinsip yang bertapak teguh itu semakin goncang dengan suasana sekarang di mana kami guru-guru bukan Melayu dipinggirkan dalam arus perjuangan Ketuanan Melayu tanpa memberikan sebarang peluang untuk kenaikan pangkat di peringkat
 
sekolah, daerah atau negeri.
 
Semasa saya seorang pelajar guru-guru bukan Melayu bersama guru-guru Melayu telah memberikan sumbangan yang nyata untuk saya menggilap diri sebagai seorang pendidik walaupun berasal daripada keluarga penoreh getah. Sudah pasti alam persekolahan PM banyak bergantung kepada guru-guru Bukan Melayu sehingga PM berjaya.Malangnya guru-guru Bukan Melayu kini dianaktirikan oleh sistem pendiidkan yang mendasari Ketuanan Melayu.YAB PM jangan anggap saya ini ingin menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan.YAB PM sila lihat statistik yang dikemukakan ini untuk menghayati kebenaran.
 
 
 
1.0 Jawatan Pengetua Sekolah Menengah Harian Mengikut Keturunan Di Selangor Darul Ehsan.

Daerah
Jumlah Sekolah Menengah
Melayu
Bil
%
Cina 
Bil
%
India
%
Gombak
29
27
93.10
1
3.45
1
3.45
Hulu Langat
35
34
97.14
1
2.86
0
0.00
Klang
32
29
90.62
3
9.38
0
0.00
Hulu Selangor
14
14
100.0
0
0.00
0
0.00
Sabak Bernam
8
7
87.50
1
12.50
0
0.00
PetalingPerdana
43
41
95.34
2
4.66
0
0.00
Kuala Langat
14
12
85.71
1
7.14
1
7.15
Kuala Selangor
17
17
100.0
0
0.00
0
0.00
Petaling Utama
27
23
85.18
3
11.11
1
3.71
Sepang
9
9
100.0
0
0.00
0
0.00
  
Jumlah
  
228
  
213
  
93.43
  
12
  
5.26
  
3
  
1.31

 
 
NOTA: Jawatan pengetua Bukan Melayu -Cina  : 5.26 %  India  : 1.31%
 
 
 
 
 
 
 
2.0 Jawatan Guru-Guru Bukan Melayu Di Pejabat Pelajaran Daerah Di Selangor Darul Ehsan

Daerah
Pegawai PPD
Melayu
Bil
%
Cina 
Bil
%
India
%
Gombak
54
52
96.2
2
3.8
0
0.00
Hulu Langat
50
50
100.0
0
0
0
0.00
Klang
56
54
96.4
1
1.8
1
1.8
Hulu Selangor
48
48
100.0
0
0.00
0
0.00
Sabak Bernam
47
47
100.0
0
0.00
0
0.00
PetalingPerdana
52
52
100.0
0
0.00
0
0.00
Kuala Langat
44
44
100.0
0
0.00
0
0.00
Kuala Selangor
52
51
98.0
0
0.00
1
2.0
Petaling Utama
50
50
100.0
0
0.00
0
0.00
Sepang
50
50
100.0
0
0.00
0
0.00
Jumlah
503
496
98.62
5
0.99
2
0.39

Nota: Pegawai Pendidikan Daerah Bukan Melayu Hanya 1.38 % sahaja
 
3.0 Jawatan Pegawai Pelajaran Jabatan Negeri Selangor

  
Unit/Sektor
Jumlah Pegawai
Melayu 
Bil
%
Cina 
Bil
%
India 
Bil
%
Pentadbir Atasan
  
23
  
23
  
100.0
  
0
  
0.00
  
0
  
0.00
Khidmat Pengursan & Pembangunan
  
 
 
144
  
 
 
144
  
 
 
100.0
  
 
 
0
  
 
 
0.00
  
 
 
0
  
 
 
0.00
Pengurusan Akademik
  
39
  
37
  
94.88
  
1
  
2.56
  
1
  
2.56
Pengurusan Sekolah
  
44
  
42
  
95.46
  
1
  
2.27
  
1
  
2.27
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  
 
 
50
  
 
 
49
  
 
 
98.0
  
 
 
1
  
 
 
2.0
  
 
 
0
  
 
 
0.00
Jaminan Kualiti
13
13
100.0
0
0.00
0
0.00
Sektor Pendidikan Islam
  
 
 
25
  
 
 
25
  
 
 
100.0
  
 
 
0
  
 
 
0.00
  
 
 
0
  
 
 
0.00
Sektor Pendidikan Swasta
  
 
 
19
  
 
 
19
  
 
 
100.0
  
 
 
0
  
 
 
0.00
  
 
 
0
  
 
 
0.00
Sektor Penilaian
33
33
100.0
0
0.00
0
0.00
Sektor Pengurusan ICT
  
23
  
22
  
95.65
  
0
  
0.00
  
1
  
4.35
Bah.Teknologi Pendidikan
  
38
  
38
  
100.0
  
0
  
0.00
  
0
  
0.00
Jemaah Nazir
28
21
75.0
4
14.28
3
10.72
  
Jumlah
479
466
97.28
7
1.47
6
1.25

Nota:Pegawai Bukan Melayu  di Jabatan pelajaran Selangor Hanya 2.72 % sahaja.
 
YAB PM,
 
Angka dan statistik tersebut akan dapat membuktikan aliran atau fasa pengambilan pegawai-pegawai pendidik pada masa sekarang.Tanpa segan silu saya pernah bersemuka dengan seorang pegawai di PPD untuk bertanya tentang peluang untuk menjawat jawatan di peringkat daerah tetapi balasnya tidak ada jawatan untuk guru-guru Bukan Melayu di PPD.Bukankah ini dasar Kementerian Pelajaran yang didokong oleh Kerajaan BN yang melaung-laungkan Slogan 1 Malaysia.Perasaan yang dialami oleh saya ini pernah dirasai serta kini dirasai oleh guru-guru Bukan Melayu di seluruh tanah air ini.
 
YAB PM,
 
            Saya ingin memberikan contoh beberapa insiden untuk memberi gambaran layanan yang diterima oleh guru-guru Bukan Melayu di sekolah.Pertama kekosongan jawatan Penolong Kanan akademik sewajarnya diberikan kepada PK Hem tetapi oleh sebab PK Hem seorang Bukan Melayu maka jawatan itu diberikan kepada PK Kokurikulum yang masih muda serta pengalaman yang tidak luas.Kedua.pentadbir di sebuah sekolah telah menamatkan jawatan Ketua Panitia subjek sejarah semata-mata kerana Bukan Melayu dan diganti dengan guru yang baru 3 tahun mengajar kerana dasar Ketuanan Melayu.Saya dapat memberikan berpuluh-puluh contoh lagi bagi membuktiakan agenda kerajaan untuk meminggirkan warga pendidik Bukan Melayu.
 
YAB PM,
 
Allah melahirkan manusia dengan kedudukan yang sama tanpa mengira asau-usul keturunannya. Allah S.A.W. pernah bersabda " Sayangilah umat bukan dari keturunanmu lebih daripada umatmu" tetapi apa yang kami lihat bukan yang sepatutnya.YAB PM,kami merayu dengan penuh tanggungjawab agar nasib kami dapat dibela.Kami sebagai pendidik tidak pernah abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik generasi murid.Berilah peluang yang sepatutnya kepada kami.Seorang pendidik mampu untuk menyemai pemikiran yang positif untuk menempuh masa depannya.Jangan sampai pendidik Bukan Melayu mengabaikan tanggungjawab tersebut pada masa-masa akan datang.
 
YAB PM,
 
Ini luahan perasaan yang terpendam beberapa dekat tetapi dengan penuh harapan saya mengemukakan untuk tatapan YAB PM dengan doa dapat perhatian yang sepatutnya.
 
 
 
Sekian:
 
K.Jayakumaran
 
SMK Sultan Abdul Samad,Klang

Comments