Air Asia Inhabited by spirit of Altantuya

MIRI: Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

Jelasnya, apabila dia sudah mendapat tempat duduk, perasaannya masih dihantui ketakutan hingga menyebabkan dia bertekad untuk keluar dari pesawat tersebut.

“Saya betul-betul berasa seram dan takut dengan kehadiran kelibat hitam itu dan saya tidak berfikir panjang apabila bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun.

“Saya tidak sanggup meneruskan penerbangan kerana bimbang berlaku sesuatu musibah,” dakwanya.

Bagaimanapun, Chong yang menerima kecederaan ringan gagal memberi gambaran sebenar makhluk aneh berkenaan kerana fikirannya dipercayai belum stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam pada Jumaat lalu, kira kira 200 penumpang pesawat AK587 AirAsia cemas apabila Chong secara mengejut membuka pintu kecemasan sebelum terjun ke atas landasan.

dipetik dari Kosmo!

Comments