UMNO Perak Robbery

Umno rampas tanah Melayu miskin.

Oleh: MSK
Apa yang akan aku tulis berikut ini adalah satu daripada berpuluh, malah mungkin beratus kejadian yang berlaku bukan saja di Perak, malah diseluruh negara.Bila Pakatan Rakyat memrintah Perak selama 11 bulan, heboh cerita Nizar bagi tanah kat Cina. Nizar gadai tanah orang Melayu. Pas jadi kuda DAP. Tapi dalam diam-diam, kerja Umno merampas tanah yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu.
Nak tau dengan lebih lanjut tentang bagaimana Umno Perak menggadai tanah orang Melayu, tunggu 13 Mei ini. Kita akan siarkan statistik dengan terperinci tentang berapa ribu ekar tanah rizab Melayu yang tergadai selama pemerintahan Zambry Kadir.
Kes ini adalah rentetan daripada aduan rakyat yang disiarkan dalam Mediaperak pada 16 April lalu. (disini)
Pada 12 September 2001, Ketua Kampung Redang Sawa, Haji Lin bin Mohd Daud telah memohon sebidang tanah kerajaan di Mukim Teja, Daerah Kinta seluas 44 ekar bagi pihak sekumpulan penduduk kampung seramai 37 orang untuk tujuan pertanian. Secara mudah, setiap pemohon akan mendapat seluas tidak sampai dua ekar sekiranya diluluskan.
Pada 18 Julai 2002, Haji Lin telah membuat satu permohonan baru dengan memasukkan seramai 17 orang lagi penduduk kampung menjadikan jumlah pemohon seramai 54 orang dan jumlah keluasan yang dipohon ialah 56 ekar.
Permohonan penduduk kampung ini mendapat respons positif dari Pengarah Tanah dan Galian, dan dengan sokongan Menteri Besar, telah bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan penduduk kampung Redang Sawa ini.
Pengarah Tanah dan Galian bukan saja bersetuju untuk menyokong permohonan penduduk kampung ini, malah telah menasihati penduduk kampung untuk terus saja mengusahakan tanah tersebut sementara proses kelulusan dibuat.
Penduduk kampung telah mengeluarkan sejumlah RM26,000 ringgit sebagai kos untuk menebang dan membersihkan tanah tersebut. Mulai tahun tersebut juga, penduduk kampung telah mula menanam pelbagai pokok buaha-buahan dana da juga yang mengusahakan tanaman lain.
Pada 5 Disember 2005, setelah berbincang dengan Penagrah Tanah dan Galian, PTG telah mencadangkan supaya penduduk membuat permohonan semula berjumlah 135 ekar supaya setiap penduduk akan mendapat dua ekar seorang dan satu rancangan pertanian secara berkelompok telah dicadangkan.  Satu surat rasmi telah dibuat pada 13 Disember 2005 untuk tujuan ini.
Penduduk kampung terus mengusahakan tanah yang telah dipohon itu, malah Pejabat Tanah Kampar pernah memberitahu secara lisan pada tahun 2008 bahawa permohonan penduduk kampung masih lagi dalam proses kelulusan.
Tetapi anehnya, pada secara tiba-tiba, pada 12 Januari 2010, tanah yang dipohon dan diusahakan oleh penduduk kampung ini telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Real Nectar Sdn. Bhd. Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak dalam mesyuaratnya telah meluluskan permohonan syarikat Real Nectar seluas 116 ekar untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Macam mana ini boleh berlaku?
Bila Real Nectar memohon tanah tersebut? Siapakah pemilik syarikat Real Nectar?
Real Nectar Sdn Bhd didaftarkan pada 20 September 2005. Penduduk Kampung Redang Sawa telah memohon tanah tersebut sejak tahun 2001.
Pemegang saham dalam syarikat Real Nectar Sdn Bhd ialah Dato Poh Tak Kiau yang memiliki 40,000 saham. Mohamad Tahir bin Zakaria memiliki 10,000 saham manakala Azahari Effendy bin Abd. Rahim memiliki 30,000 saham.
Mohamad Tahir dan Azahari Effendy telah dilantik sebagai Pengarah Syarikat pada 22 November 2007.
Mengapakah tanah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk kampung yang miskin ini boleh jatuh ketangan syarikat Real Nectar ini? Adakah pemilik-pemilik syarikat ini terlalu miskin sehinggakan tanah yang sepatutnya diberikan kepada orang miskin perlu diberikan kepada mereka bertiga ini?
Dato Poh Tak Kiau bukan orang miskin. Dia merupakan jutawan di Ipoh malah ramai yang memanggilnya Tengku Poh. Dia merupakan salah seorang Pengarah di Royal Perak Golf Club, Pengarah Asiabina Land yang memajukan Meru Raya. Apakah perlunya tanah seluas 136 ekar yang dipohon oleh penduduk kampung itu diberikan kepada Dato Poh?
Siapa pula Mohamad Tahir bin Zakaria? Adakah dia salah seorang penduduk kampung Redang Sawa yang miskin?
Mohamad Tahir adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tambun.(boleh semak disini). Dia juga merupakan Pengerusi JKKP Kg. Tersusun Batu 8, Bandar Baru Putera dan Villa MDP. Miskin sangatkah Pengerusi JKKP hinggakan terpaksa mengambil tanah penduduk kampung?
Siapa pula Azahari Effendy Abd. Rahim?
Azahari Effendy  adalah anak kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol. Dato Abdul Rahim. Dia bukan orang miskin. Majlis perkahwinannya saja memakan belanja ratusan ribu ringgit, mungkin lebih dari itu.
Zambry Kadir kena bagi penjelasan bagaimana tanah seluas 136 ekar yang dipohon, malah telah diusahakan oleh penduduk kampung Redang Sawa ini boleh terlepas kepada syarikat Real Nectar Sdn. Bhd. Kelulusan ini dibuat pada 12 Januari 2010 dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar.
Kalau Zambry selalu mengatakan bahawa Umno membela Melayu, mengapa tanah yang dipohon oleh 54 orang penduduk kampung miskin yang semuanya Melayu, diberikan kepada syarikat Real Nectar, yang dimiliki 50% oleh Dato Poh Tak Kiau? Dato Poh bukan orang miskin, tapi jutawan.
Ambil hak orang Melayu miskin..kemudian bagi kepada orang kaya? Ini dasar Umno Perak?

Comments