Support needed for residents of Ladang Bukit Jalil


Hope all supporters of #OccupyDataran can also extend your support to the residents of Ladang Bukit Jalil. They need donations of supplies: tents, water, food etc.


Tunaikan tuntutan 4 ekar tanah,
keluhan Penduduk Ladang Bukit Jalil!

Penduduk akan hadir ke Pejabat YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei, pukul 11 pagi untuk mendapatkan satu kata putus berkenaan tuntutan mereka dan untuk berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi. Mereka berazam untuk berada di Pejababt YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei dan tidak akan berganjak dari pejabat YAB sehingga ianya masalah ini diselesaikan.

Penduduk Ladang Bukit menjemput semua ke Pejabat PM pada 30hb Mei 2012, 11 pagi dihadapan pejabat PM untuk memberikan sokongan kepada mereka. Selain sokongan solidariti, penduduk juga memerlukan bantuan daripada rakan-rakan untuk memberikan sumbangan dari segi khemah, makanan, dan minuman selama mereka Occupy pejabat PM.

Kami amat berharap sokongan yang padu akan diberikan kepada penduduk ladang Bukit Jalil yang telah menyumbang tenaga dan jiwa raga mereka untuk pembangunan negara ini.





Sejarah ladang bukit jalil dapat dikesan sejak 1940-an lagi. Semasa negara kita merdeka, ladang bukit jalil sudah pun wujud. Tuan ladang adalah Kinrara Estate Group Sdn Bhd yang juga membangunkan Ladang Kinrara yang bersebelahan dengan Ladang Bukit Jalil.

Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak memperkenalkan skim perumahan sendiri pekerja ladang dan pekerja Bukit Jalil sudahpun meminta skim perumahan ini sejak 1976. Tuntutan untuk membina rumah teres di tanah sedia ada telah dibuat banyak kali. Tetapi pada tahun 1980, Kerajaan (Kementerian Wilayah Persekutuan) telah guna akta pengambilan tanah 1960 dan ambil alih ladang daripada Kinrara Estate Group. Malangnya Kerajaan sebagai Tuan baru ladang tidak membina rumah malah terus memeras saki baki buruh pekerja ini dimana mereka dijadikan pekerja kontrak dibawah kontrakter Kerajaan untuk 15 tahun tanpa dibayar EPF dan Socso. Pada tahun 1988, Menteri Wilayah berjanji bahawa bekas pekerja ladang boleh tinggal dirumah ladang sehingga perumahan kos rendah dibina di kawasan ini. Malah Ladang bersebelahan, Ladang Kinrara yang berhenti operasi pada tahun 1983, telah dibina rumah teres pada tahun 1992.

Lebih menghina adalah pada tahun 2007, bekas pekerja Ladang ini dilabel sebagai setinggan dan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan yang zalim diberikan kepada penduduk. Penduduk dipaksa mengosongkan tanah dan pindah ke flats PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang berdekatan dimana kecil dan tidak selesa.

Dalam media, Menteri Wilayah persekutuan, Menteri Sumber Manusia dan Datuk Bandar mengatakan bahawa tawaran yang diberikan kepada bekas pekerja Ladang ini adalah yang terbaik. Mereka mengatakan Pekerja Ladang degil. Ini semua adalah tipu belaka!!!

RASIONAL TUNTUTAN MEREKA
--------------------------

1. Skim Perumahan Tun Abdul Razak Skim Perumahan Pekerja Ladang untuk menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang yang miskin. Sekiranya, polisi ini dilaksanakan dengan berkesan sejak 1973, hari ini kebanyakan masalah perumahan pekerja ladang dapat diselesaikan dan pekerja ladang dapat menikmati kehidupan yang senang seperti yang dinikmati oleh mereka yang berasal dari Kampung tradisional Melayu melalui Skim FELDA dan orang Cina melalui program kampung baru.

2. Ladang Bukit Jalil kemungkinan besar dalam keadaan elok jika Kerajaan tidak mengambil tanah tersebut

• Ladang Kinrara yang diambil oleh Kinrara Groups telah memberikan tanah kepada pekerja dan membina rumah teres kos rendah.

• Sekiranya ladang Bukit Jalil tidak diambil alih oleh kerajaan, kini mereka mungkin sedang menikmati segala kemudahan dan faedah yang dimiliki oleh pekerja ladang Kinrara

3. 4 ekar tanah daripada 1800 ekar- Apa masalahnya Keluasan asal tanah ladang adalah 1800 ekar. kerajaan telah menjual sebahagian tanah kepada pemaju-pemaju swasta seperti Berjaya Group, Talam and Ho Hup. • Kini hanya tinggal 26 ekar tanah sahaja dan tanah tersebut telahpun diberikan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dibina kubur

Comments