Saturday, October 29, 2022

Mael Lambong's Mistress interested in Ayob Khan

 


KSUS PM Pakai Barang Kemas, Baju RM300 Ribu Ke Tempat Kerja

Rantai, barang kemas dan blazer mencecah RM300,000 yang dipakai oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Dato’ Nor Nazimah Hashim ke tempat kerja telah menimbul kemarahan rakyat.

Melalui sebuah tweet yang dimuatnaik oleh Ammielyya Jusnieza, iaitu Pegawai Khas kepada PM baru-baru ini, beliau dilihat bergambar bersama Nor Nazimah pada hari pertama melapor diri ke pejabat di Putrajaya.


“Pesanan KSUS: Sentiasa merendah diri, jangan sombong dan buat kerja elok-elok untuk belia,” katanya dalam tweet tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa orang netizen mendapati bahawa rantai, barang kemas dan blazer yang dipakai oleh Nor Nazimah merupakan barangan mewah yang dijual di pasaran dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit.

Semakan ke laman Van Cleef & Arpels, sebuah pereka barangan hiasan mewah mendapat dua utas rantai Van Cleef & Arpels yang dipakai oleh Nor Nazimah dijual pada harga RM73,000 dan RM266,000.


Selain itu, blazer jenama Max Mara yang dipakai oleh Nor Nazimah juga didapati dijual pada harga hampir RM7,000 sebelum diskaun di laman web Luisaviaroma.

Selain menjadi KSUS kepada Datuk Seri Ismail Sabri, Nor Nazimah juga merupakan isteri kepada Bendahari Agung UMNO Sabah, Suhaimi Nasir.

Suhaimi merupakan calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, tetapi tewas di tangan calon Parti Warisan, Arunarnsin Taib di kerusi Gum-gum.



Walaupun ditolak oleh rakyat, Suhaimi telah kemudiannya dilantik oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai ADUN Dilantik dan Pengerusi Sabah Ports Sdn. Bhd.


IS THIS THE END OF MAEL?

No comments:

Another FUCK UP in town

  Fines of up to RM250K await traders for bias against palm oil products, says Johari KUALA LUMPUR: Stern action will be taken against retai...