Zahid's white elephant
BONGKAR : PELABUHAN " PUAKA " DI BAROH SUNGAI!
JANJI 17 TAHUN DAHULU DITEPATI TAPI TIDAK SEMPURNA SEBAGAI JANJINYA!
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menyatakan bahawa Ahli Parlimen di sini gagal tunaikan janjinya.
BAGAN DATOH ( Sg. Sumun ) : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menyatakan rasa kesalnya terhadap pembangunan industri pelabuhan di sini sebagaimana yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen, Datuk Seri Hj. Ahmad Zahid Hamidi. Hasil lawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS ke tapak pelabuhan terbabit, mendapati bahawa keadaan di Pelabuhan Hutan Melintang ini adalah mengecewakan dan mendukacitakan rakyat di kawasan ini.
Mengikut janjinya dahulu, tujuan pembangunan pelabuhan tersebut adalah sebagai menarik pelabur asing dalam urusan peniagaan serta memajukan industri perkapalan dan perikanan di sekitar Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Namun setelah hampir 17 tahun, hanya industri perikanan dan pengangkutan ke seberang iaitu ke pulau Sumatera, Indonesia dapat di jalankan di sini itupun dalam keadaan yang sederhana.
Menurut Ketua Lajnah Buruh dan Peladangannya,Mazlan Adha Jalal berkata bahawa mungkin projek jutaan ringgit itu pastinya tidak memberi manfaat dan faedah kepada rakyat setempat. Walaupun tersergam gagah berdirinya pelabuhan tersebut, namun aktiviti mendapatkan keuntungan tidak dapat di jalankan atas beberapa sebab yang rakyat sendiri tidak pasti.
Keadaannya yang kotor dan semak samun di sekitar pelabuhan itu sendiri mendatangkan rasa kurang selesa penduduk sekitar. Penduduk juga turut melahirkan rasa kebimbangan sekiranya tapak pelabuhan itu dijadikan sebagai tempat aktiviti tidak sihat anak muda khususnya seperti hisap dadah dan maksiat lain. Selain itu, penduduk juga turut percaya sekiranya terdapat aktiviti penyeludupan barangan dan pendatang asing ke sini.
Berikutan itu, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh memohon jasa baik pemimpin dan wakil rakyat kawasan ini agar mengambil kira permasalahan berkaitan pelabuhan yang di bina dengan harga yang mahal tersebut.
Comments