Punished for doing the right thing


Assalam kepada semua rakan-rakan sekalian. Perkembangan terkini kes saya;
Pada hari Jumaat lepas 12 Jul 2013 saya telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72).
5 pertuduhan pertama adalah bersangkutan Seksyen 50(2) AAT 72 manakala 2 pertuduhan berikutnya adalah bersangkutan dengan Seksyen 51 AAT 72.
Seksyen 50(2) menyatakan "Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta: Dengan syarat jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun."
Seksyen 51(1) menyatakan " Tiap-tiap orang yang tertakhluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.”
Rakan saya Flait Sarjan Jamal bin Ibrahim pula dikenakan 2 pertuduhan. Beliau akan dibicarakan terus oleh Komander pangkalan dan dijangka akan mengaku salah.
Berkenaan dengan elaun penerbangan RM4000 sebulan pula, perintah sedia ada TUDM menyatakan bahwa mana-mana juruterbang yang didakwa samada di mahkamah awam atau syariah atau dipertuduhkan dibawah AAT 72, elaun akan ditarik balik bermula dari hari beliau di dakwa.
Sekian, buat sementara. Hasbiyallahu wani’qmal wakeel “Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Rezeki”. Wassalam dari saudaramu yang dizalimi.
 — with A Ralim M Yassen.

Comments