Malaysian Student in Egypt got beaten by UMNO agent
Umno hantar orang ke Mesir untuk halang mahasiswa terlibat dengan persatuan, dengan niat dengan menyokong dan mengeluarkan agenda milik mereka.
Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negeri, selagi mengambil biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak dapat bebas bergerak, mereka tetap dikongkong oleh kuasa Umno.
Dua
NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan
Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri
Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19
Januari lalu.
Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.
Pengarah
IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar Muhaimin
dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta
mengakui atas segala tindakannya.
Menurutnya,
pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan kemuncaknya
ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang
munasabah.
“Muhaimin
dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui
prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit sebanyak
memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak Mesir
disana.
“Kini
hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan
yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak
sangat mendukacitakan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan
momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.
Jelas
beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang kelakuan
dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap mahasiswa Perak
di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.
“Kami
mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil berat
tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak
profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.
“Akhlak
serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang
yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.
Mengulas
lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama
Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata
untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno
Perak di Mesir.
Hafez
Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh berbentuk
gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif melaksanakan
agenda-agenda UMNO di Mesir.
Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
Comments