AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan
kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada
lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun
sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.
Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh
tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara
Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia
Kedua.
Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakkannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.
Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh
paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit
pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah
dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada
buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk
menubuhkan syarikat perkapalan negara.
Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini
dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk
menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan
empayarnya.
Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke
tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar
untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.
Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu
ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah
kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan
waris-waris.
ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Can a Dead Duck come back alive?
I HAVE NOT SEEN A MIRACLE FOR A LONG, LONG TIME. HAVE YOU SEEN ONE? ZAHID GIVEN A DNAA. NAJIS SENTENCE GIVEN A 50% DISCOUNT. ZAFRUL NOT CH...
-
THERE ARE VIDEOS ON YOUTUBE AND TIK TOK PEOPLE SPITTING ONTO FOOD IN MALAYSIA. THE AUTHORITIES WILL SAY THE NUMBERS ARE FEW SO HENCE ...
-
SENARIO TERLALU BURUK DLM PDRM: BAGAIMANA NEGARA & BANGSA AKN MAJU KE DEPAN DGN ADANYA SISTEM & MANUSIA2 YG BERUPA BINATANG SBGNI?...
-
Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...
No comments:
Post a Comment