Only RM4,000 salary can own 4 luxury cars worth RM6 million

 

Gaji bawah RM4,000, kerani imigresen miliki Rolls-Royce, rupanya ini yang dilakukannya


PETALING JAYA – Seorang anggota imigresen Gred 19 dikesan ‘memiliki’ empat kenderaan me­wah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta dipercayai hasil kegiatan haram salah guna cap di pintu utama negara.

Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berikutan penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor dan Johor sejak Selasa lalu.

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat ejen termasuk dua warga China. Mereka adalah ejen pekerja asing warga China yang ber­operasi di negara ini.

Keempat-empat kenderaan itu bagaimanapun disimpan oleh seorang ejen tempatan.

“Agak mengejutkan seorang anggota imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu ‘memiliki’ kesemua kenderaan mewah tersebut.

“Siasatan mendapati kende­raan-kenderaan mewah yang di­gunakan anggota berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu membuat setting counter di pintu utama negara,” katanya

Setakat semalam, SPRM telah memberkas seramai 50 individu terdiri daripada 28 anggota dan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam dipercayai orang tengah.

Turut dirampas wang berjumlah RM800,000, 26 buah kende­raan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi. SPRM turut menyita rumah, tanah dan barangan kemas. 

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Media pada Rabu lalu me­laporkan SPRM membongkarkan kegiatan salah guna cap di sempadan negara sejak setahun lalu dengan penahanan 46 individu termasuk 27 anggota dan pegawai imigresen.

Sindiket tersebut menyasarkan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin dengan menggunakan taktik pasport terbang dan setting counter khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Sepang

Bagi pasport terbang, ejen mengumpulkan pasport pekerja asing untuk dicap keluar dan ma­suk bagi membolehkan visa lawatan disambung tanpa kehadiran pemiliknya sebagai pengesahan dengan bayaran serendah RM100.

Untuk setting counter pula, warga asing yang disenarai hitam atau tamat tempoh perjalanan visa dikenakan bayaran RM500 hingga RM6,000 setiap seorang bagi membolehkan mereka bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.

Dianggarkan 30,000 warga asing menggunakan khidmat sin­diket tersebut

Taken from Sengat Daily

https://www.dsf.my/2023/06/apparently-an-immigration-clerk-earning-below-rm4k-a-month-owns-a-rolls-royce/?fbclid=IwAR38vDFfJalUC3oAUPawIEmDsyibnMbHUiEjByJzIXR5nRJRNT2hRVvS6Yg

Comments

Popular Posts