Veksin Tak Mujarab (Vaccine Not Working)

 

5,526 PENERIMA LENGKAP VAKSIN DIJANGKITI COVID-19, 65 DIRAWAT DI ICU

SEBANYAK 5,526 kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan terhadap mereka yang sudah divaksin dengan 65 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 12 pesakit berada pada tahap kritikal (Kategori 5) dan memerlukan alat bantuan pernafasan sementara 53 lagi mengalami radang paru-paru dan diberi bantuan oksigen (Kategori 4).

Angka 65 kes di ICU hari ini adalah tertinggi sejak Kementerian Kesihatan mula mendedahkan data jangkitan terhadap mereka yang sudah diberi vaksin.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 26 Ogos dengan 56 kes, di mana 36 berada di Kategori 5 dan 20 pesakit di Kategori 4.

Empat puluh lapan pesakit yang sudah divaksin dilaporkan berada dalam Kategori 3 setelah dijangkiti radang paru-paru.

Sementara itu, Noor Hisham berkata sebahagian besar kes terhadap mereka yang sudah diberi vaksin adalah tidak bergejala (Kategori 1) dan mempunyai gejala ringan (Kategori 2).

Terdapat 2,481 kes dalam Kategori 1 dan 2,932 kes Kategori 2.

Noor Hisham berkata, 15,371 atau 73.6% kes positif hari ini sama ada belum diberi vaksin atau hanya menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata sejumlah 361,381 suntikan Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah dos yang diberikan adalah 34.38 juta.

Jawatankuasa itu berkata 181,281 orang menerima suntikan pertama mereka manakala 180,100 orang mendapatkan suntikan kedua. – 31 Ogos, 2021.

Tukar Tiub
***********************************************************

Vaksin COVID-19 | Tiada kematian disebabkan vaksin - KJ


WHO DO THINK IS THE LIAR?



Comments

Popular Posts