Wednesday, August 11, 2021

Special Treatment to Pejuang

 

Tun M dan Mukhriz disiasat mengikut peruntukan dua akta


© Provided by Harian Metro Kenderaan yang membawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana jam 2.16 petang tadi untuk diambil keterangan oleh pihak polis berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu. FOTO MOHD FADLI HAMZAHam@hmetro.com.my

Putrajaya: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disiasat mengikut peruntukan dua akta.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh peguam mereka iaitu Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

"Pada hari ini antara jam 2.45 hingga 3.30 petang, empat orang pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), berkaitan satu siasatan mengenai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

"Ketika sesi memberikan keterangan kepada pihak polis itu, kedua mereka memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah.

"Siasatan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dua kenderaan membawa empat pegawai polis dari Bukit Aman dilihat meninggalkan YKP pada jam 3.43 petang selepas lebih sejam merakamkan keterangan Dr Mahathir dan Mukhriz.

Awal petang tadi Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya dilihat memasuki YKP sebelum disusuli Mukhriz pada jam 2.07 petang manakala kereta jenis Lexus berwarna hitam membawa Mahathir kemudiannya dilihat memasuki perkarangan YKP pada jam 2.16 petang.

Media sebelum ini melaporkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung isu sama.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayubdan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

© New Straits Times Press (M) Bhd

**************************************************************

Why do Pejuang people get preference treatment?

MPs from Opposition party goes to police station when they are called into for investigation.

But at no time Leaders in Pejuang are make to go police station.  Instead the investigation officers goes to the office of Pejuang to take their statements.

IS THIS RIGHT?



No comments:

Very Sad Day for All Malaysians

  High Court dismisses durian farmers’ judicial review application THERE IS NO JUSTICE WHEN IT COMES TO OUR RIGHTS. IN MALAYSIA ONE CANNOT W...