Mentally sick Arse
Ahli Politik UMNO Datuk Jamal Md Yunos Kantoi Pernah Cuba Rogol Eina Azman
Ahli Politik UMNO Datuk Jamal Md Yunos Kantoi Pernah Cuba Rogol Eina Azman|Datuk Jamal Md Yunos Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar di dakwa pernah cuba merogol Eina Azman kini mulai menjadi kontroversi di laman media sosial.
Kes yang sebenarnya berlaku beberapa tahun lepas diamana pada masa itu Eina Azman Ditipu Ahli Perniagaan Bergelar Datuk yang tidak di tulis namanya. dalam kenyataan Eina Azman ketika itu.
“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.
Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” kata pelakon remaja, Eina Azman,
Terkini seorang individu pengguna facebook mendedah bahwa Datuk Jamal Md Yunos datuk yang di maksutkan oleh Eina Azman,memetika laporan portal The Rakyat Post hari ini, Datuk Jamal Md Yunos mengakui beliau mengenali Eina kerana terlibat dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan dunia hiburan.
“Saya kenal Eina Azman dan pernah bertemu beberapa lagi artis lain. Saya tahu Eina tidak pernah membaut kenyataan sedemikian dan mempercayai ada pihak yang sengaja mengaitkan nama saya dalam kes ini.
Saya menafikan semua dakwaan yang mengaitkan saya dengan Eina Azman. Saya membuat laporan polis ke atas semua dakwaan dan fitnah di laman sosial yang tidak berasas”
Datuk Jamal Md Yunos berkata sedemikian selepas selesai membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Ampang Jaya pagi tadi.tuduhan itu di percayai disebarkan oleh pihak lawan yang cuba menjatuhkan beliau dalam dunia berpolitik.
Comments