Teachers today are real nuts

    Murid terjun bangunan akibat tertekan
                                  terjun
Johor Bahru – Hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, dekat sini, supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.
Dalam kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima dikenali sebagai Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.
Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya.
Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa selepas kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.

Comments