Skip to main content

Who is the biological father?

Siasat gelaran Ayahanda palsu
  • Siasat gelaran Ayahanda palsuSyed (kiri) menyerahkan resolusi kepada Penaung YAS, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi ‘menapis’ individu-individu yang membawa gelaran Ayahanda, memastikan ia tidak disalah guna seterusnya menjejaskan imej pertubuhan-pertubuhan bertaraf Ayahanda itu sendiri.

Pengerusi Eksekutif, Yayasan Ayahanda Semalaysia (YAS), Syed Husain Al Shahab, berkata, jawatankuasa berkenaan akan menyiasat, menilai dan mengenal pasti bagi memutuskan sama ada kesinambungan ‘Ayahanda’ itu asli atau palsu.

Menurutnya, tindakan itu menjadi agenda utama bagi membuat penjenamaan semula ‘Ayahanda’ setelah lebih 30 tahun tidak dilaksanakan.

“Imej ‘Ayahanda’ kini terjejas ekoran tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gelaran itu dan menjalankan aktiviti tidak sihat. Jadi penjenamaan semula ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap ‘Ayahanda’ mempunyai kesinambungan yang diiktiraf dari susur galur yang asli.

“Kini ramai yang menggunakan gelaran itu yang diakad sendiri tanpa kesinambungan. Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan melakukan siasatan adakah mereka datang daripada itu, jika tidak maksudnya mereka adalah palsu.

“Penjenamaan semula mesti ada keaslian, memastikan mereka ada kesinambungan pelantikan dari susur galur yang betul-betul diperakui dan terbukti,”katanya kepada Sinar Harian.

Perkara itu diputuskan menerusi resolusi Seminar Kepimpinan Ayahanda-ayahanda SeMalaysia Peringkat Kebangsaan yang dijalankan 23 November lalu.

Syed Husain, berkata, penjenamaan semula ‘Ayahanda’ turut berdasarkan beberapa garis panduan yang ditetapkan menerusi resolusi yang telah dicapai.

Jelasnya, salah satu yang diberi perhatian adalah imej ‘Ayahanda’ itu sendiri, di mana akan ada satu imej yang sesuai dengan gelaran dalam masyarakat Melayu Islam.

“Kita arahkan untuk mengikut garis panduan di mana pelantikan Ayahanda tida boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita mahu mengekang pelantikan ini termasuk gelaran-gelaran Paduka Ayahanda, Tok Paduka, Tok Khalifah Ayahanda, Tok Ayah, dan sebagainya, yang kita mahu adalah satu gelaran sahaja iaitu Ayahanda,”katanya.

Tambahnya, kini terdapat kira-kira 1,200 individu yang membawa gelaran ‘Ayahanda’ terdiri daripada lebih 50 NGO meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, difahamkan hampir separuh daripada jumlah itu adalah palsu dan tidak diketahui punca kesinambungan pelantikannya.

“Proses siasatan dan penelitian ini akan mengambil masa, bila dah kenal pasti ‘Ayahanda’ palsu, jawatankuasa akan memutuskan tindakan yang akan diambil.

“Justeru kita minta kerjasama jika mereka (Ayahanda) ragu-ragu, was-was dan perlu penjelasan selanjutnya, tampil kepada kita dan kita akan dengar permasalahan mereka,”katanya.

Justeru pertemuan bersama semua ‘Ayahanda’ di seluruh negara bakal diatur bagi menerangkan dan memberi pemahaman hasil resolusi yang diputuskan berhubung garis panduan Ayahanda bermula selewat-lewatnya 1 Januari depan.

“Penjenamaan semula ini juga akan meliputi slogan baru dan akan dilancarkan pada mesyuarat Ketua-Ketua NGO bertaraf Ayahanda, dan kita akan serah resolusi dan lancar moto hasil resolusi yang akan diguna pakai untuk semua pertubuhan-pertubuhan berkaitan Ayahanda,”katanya.
***********************************************************************************

Nooryana Najwa Najib Razak - will YAS investigate this?

Comments