Where did the toilet go but down the drain

                                 
Masih ingatkah anda dengan tandas automatik (Automated Street Toilet - AST) yang dibina oleh kerajaan di Jalan Telawi, Jalan Ara Kiri, Bukit Bintang, dan Jalan Tun Razak? Tandas automatik yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini boleh digunakan selama 15 minit dengan membuat bayaran sebanyak RM1. Keluasan tandas ini ialah 2.25m x 6.2m, setinggi 2.6m, seberat 3.5 tan, berhawa dingin sepenuhnya dan setiap satunya bernilai lebih kurang RM400 ribu.

Untuk pengetahuan anda, salah satu tandas automatik ini yang terletak di Jalan Telawi, berhadapan dengan masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telahpun dimusnahkan pada bulan lepas. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tandas ini dimusnahkan kerana tiada sambutan dalam penggunaannya, selain dari ia mengambil kos yang agak mahal untuk diselenggara.

Comments