Monday, December 20, 2021

Very suspicious of PDRM and Bomba

 


Zue Aziz is with Azhanira Rabu and 4 others.
Tak faham kenapa polis dan bomba nafikan.
Kejadian menimpa keluarga besar kami di Felda Chemomoi.
Salah seorang mangsa adalah kawan suami. Dari petang semalam mangsa call suami minta bantuan sebab mereka dah terkepung di Telemong, dalam perjalanan pulang ke Chemomoi.
Suami minta mangsa patah balik lalu Temerloh. Mangsa kata tak boleh nak patah balik. Dah terkepung.
Kami, keluarga mangsa dan orang kampung tak berhenti call balai polis, bomba dan pihak berwajib berhampiran. Mereka maklumkan kes dalam makluman. Usaha menyelamat agak lambat kerana kurang jentera, banyak pokok tumbang dan aliran air yang sangat deras serta naik mendadak.
Melalui panggilan telefon, mangsa maklumkan dia dan beberapa orang lain berdiri di belakang hilux untuk selamatkan diri. Air naik dengan cepat. Mangsa tak berhenti call ahli keluarga dan kawan-kawannya yang lain, update paras air sambil mohon bantuan..
Lebih kurang jam 10.35 malam semalam, mangsa call lagi suami…
Tolong la jis..tak mampu nak bertahan dah ni. Air dah paras leher.
Kami jerit kat dia…bertahan kak. Bantuan dalam perjalanan tu..
Dia jawab lagi..Allah..cepat lah..
Masih terngiang-ngiang suara dia diiringi bunyi deruan air..
Setengah jam lepas tu, telefon mangsa dah tak dapat dihubungi.
Pagi tadi ahli keluarga mangsa dapat bercakap sendiri dengan salah sorang ahli kelurga mereka yang terselamat. Diceritakan, hilux tempat mereka berdiri tu bergerak dek aliran air yang sangat kuat, menghanyut kan semua. Mangsa yang terselamat dapat berpaut pada dahan pokok.. Yang lain tak tau khabar berita.
Tiba-tiba, keluar pulak berita kata tiada kejadian hanyut..


No comments:

Very Sad Day for All Malaysians

  High Court dismisses durian farmers’ judicial review application THERE IS NO JUSTICE WHEN IT COMES TO OUR RIGHTS. IN MALAYSIA ONE CANNOT W...