Monday, March 25, 2019

What stupid excuse

Ronald kekal pengerusi PAC sehingga kes disiasat selesai, kata timbalan speaker

KUALA LUMPUR: Pengerusi baru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya akan dilantik selepas kes yang dikendalikan di bawah Ronald Kiandee selesai, kata timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.
Katanya, PAC di bawah Ronald sedang mengendalikan beberapa kes ketika ini dan memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
“Kerajaan akan pilih pengerusi baru pada masa sesuai memandangkan ketika ini banyak kes sedang didengar oleh PAC.
“Soal tempoh berapa lama itu kita akan cari masa sesuai. Kes yang sedang didengar perlu ada satu kesimpulan, terpulang kepada bilakah kes didengar itu akan selesai,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan tindakan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang hanya membuat keputusan untuk menukar pengerusi PAC selepas Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan, Nga bagaimanapun tidak bersetuju.
“Perdana menteri sangat sibuk ketika ini dan dia baru sahaja balik dari Pakistan jadi dia hanya dapat jawab dalam masa yang singkat.
“Tapi saya yakin kerajaan PH akan tepati janji dalam manifesto dan perkara ini saya pernah cakap semasa Ronald Kiandee dilantik. Cuma sekarang dia masuk dalam parti kerajaan. Sebab itu isu ini timbul,” katanya.
Ronald Kiandee dilantik sebagai pengerusi PAC pada Ogos 2018 dan keluar Umno pada Disember 2018 sebelum menyertai PPBM pada 15 Mac ini.
Kedudukan Ronald mula dipersoal kerana manifesto PH memperuntukkan pengerusi PAC dilantik dalam kalangan pemimpin pembangkang.
Nurul Izzah Anwar selaku anggota PAC membuat keputusan mengejut dengan meletakkan jawatan selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepemimpinan PAC.
Semalam Dr Mahathir memberitahu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan calon yang sesuai bagi memegang jawatan pengerusi PAC dan Ronald akan kekal mengetuai jawatankuasa itu buat sementara waktu.
********************************************
People like Azmin Ali, Speaker etc are talking through their penis.
What Mahathir wants, he gets.
Mahathir knows Nurul would step down from PAC when he refused to let Ronald go.
Mahathir has cut off everyone in favour of Anwar so that the latter is without support.
Remember this.  Even without power Mahathir holds the sword.
Tun Fuad's widow Toh Puan Rahimah Stephens at the Double Six Memorial monument in Kota Kinabalu on Wednesday.

No comments:

Very Sad Day for All Malaysians

  High Court dismisses durian farmers’ judicial review application THERE IS NO JUSTICE WHEN IT COMES TO OUR RIGHTS. IN MALAYSIA ONE CANNOT W...