There is proof Malaysia Prime Minister and his wife killed Kevin Morais
Pembunuhan Kevin berkait siasatan PEGAWAI KANAN KERAJAAN, kata abangnya.
oleh Anbalagan
Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang ‘pegawai kanan kerajaan’, kata abangnya Charles hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.
Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang “pegawai kanan kerajaan”, kata abangnya Charles hari ini.
Ketika bercakap pada sidang media yang penuh dengan wartawan dan jurugambar di pejabat peguamnya Americk Sidhu, Charles berkata, Kevin sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa adiknya, Datuk Richard Morais, bersekongkol dengan “seseorang” yang mengawal “permainan” melibatkan pembunuhan Kevin.
Charles mendakwa, inilah puncanya kenapa Richard mengambil mayat Kevin dari rumah mayat pada hari sama dia (Charles) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kedua.
Charles yang kelihatan marah melontarkan kritikan kepada Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya.
"Mereka (Jabatan Peguam Negara) pada awalnya bersetuju dengan bedah siasat kedua tetapi membuat pusingan U, dan meminta saya mendapatkan perintah mahkamah," katanya.
Charles juga membuat 18 muka surat akuan bersumpah tentang hubungan adik beradik Morais dan beberapa perbincangan yang dia lakukan dengan adiknya, Kevin, menjelang pembunuhannya.
Dalam SD itu Charles berkata, 2 atau 3 bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dia ada memberitahunya sedang bekerja untuk kes yang melibatkan pembesar negara.
"Dia sebenarnya menggunakan perkataan 'kolata ala'. Ia merupakan perkataan Malayalam yang bermaksud 'orang yang tidak baik'," kata Charles merujuk kepada pembesar negara berkenaan. Kevin adalah Malayalee.
Charles yang tinggal di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) berkata, adiknya memberitahu melalui telefon menggunakan bahasa Malayalam, kerana bimbang telefonnya mungkin diintip.
Charles berkata, dia memiliki pen drive (pemacu pena) yang dikirim Kevin melalui syarikat penghantaran sebelum beliau meninggal dunia.
"Ia selamat dalam simpanan seseorang di AS dengan arahan ia disebarkan kepada umum jika kejadian tidak diingini berlaku terhadapnya kerana membuat SD ini.
"Kandungan pen drive ini sangat jelas dan tidak kurang pentingnya mendedahkan tentang penyiasatan yang diamanahkan kepada Kevin sebelum dia mati, mengaitkan beberapa personaliti yang sedang berada di pusat kuasa di Malaysia sekarang," kata Charles.
Katanya, dia tidak percaya Kevin dibunuh akibat mendakwa seorang ahli patologi kerana rasuah.
Ahli patologi kerajaan yang disebut itu merujuk kepada seorang doktor di makmal patologi di Hospital Tentera Tuanku Mizan yang didakwa pada Disember 2013.
Kevin adalah timbalan pendakwa raya untuk kes itu.
"Kevin dibunuh kerana sebab lain dan saya yakin motif lain ini ada kaitan dengan dia tahu terlalu banyak tentang fakta kes jenayah pihak di pusat kuasa Malaysia dan dia perlu didiamkan kerana itu," katanya. – 25 November, 2015.
ww.malaysiakini.com/news/321058
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kevin-moraiss-murder-linked-to-probe-against-government-official-says-broth
ww.malaysiakini.com/news/321058
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kevin-moraiss-murder-linked-to-probe-against-government-official-says-broth
Comments