Wednesday, January 25, 2012

The Auditor-General: Audit was on the National Feedlot Centre Project


By NSTOnline, Masami Mustaza
The Auditor-General said today the audit it conducted was on the National Feedlot Centre project, and not the company National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
The Auditor-General, Tan Sri Ambrin Buang
In a statement released on its website, Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang also said nowhere in the report did it refer to the NFC as being “in a mess”, adding that those words were used by other parties.
He also clarified that the audit  analysis found that the objectives of the NFC were not fully  realised due to several factors which have been explained in the Auditor-General’s Report 2010. Among them, based on a  implementation agreement signed in March 2010, the production target for NFC of 38,600 cattle for 2010 could not be  achieved as the Entrepreneur Development Programme  (EDP) which involves 130 satelite farm operators were yet to  be implemented.
“If there are any elements of misappropriation in the  implementation of the project, this should be revealed in the  investigation of the authorities such as the Royal Malaysian Police and the Malaysian Anti-Corruption Commission,” he  said.
Highlights of the Auditor-General statement:
  • audit was on National Feedlot Centre’s performance, not NFCorp the company.
  • audit analysis found that NFCentre had not fully met its objectives.
  • the Auditor-General’s report did not meantion chaos, “in a mess” or misappropriation. These words were used by other parties and should not be attributed to the Auditor-General.
  • from an audit perspective, there were weaknesses in the project’s implementation.
  • the audit on NFCentre project was done in an independent and professional manner, without prejudice to any parties.
Below is the full statement from the Auditor-General (in Bahasa):
KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA AUDIT NEGARA
PUSAT FIDLOT NASIONAL
Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:
2. Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat. NFCorp. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.
ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp. pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp. untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.
Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp. berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
3. Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai  NFCorp. semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011. Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.
4. Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
5. Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, ‘in a mess’ atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan. Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
6. Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), Kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?. Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.
7. JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Putrajaya
25hb. Januari 2012

No comments:

Can a Dead Duck come back alive?

  I HAVE NOT SEEN A MIRACLE FOR A LONG, LONG TIME. HAVE YOU SEEN ONE? ZAHID GIVEN A DNAA. NAJIS SENTENCE GIVEN A 50% DISCOUNT. ZAFRUL NOT CH...