Friday, March 15, 2013

Esmail Kiram II demands an explanation from Najib



 Esmail Kiram II mengadakan sidang media di daerah Makati, selatan Manila, semalam
MANILA 12 Mac -Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina akan menyampaikan beberapa soalan yang dibangkitkan oleh adik ketua pengganas yang menceroboh Sabah, kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram III, mahu beberapa pengesahan daripada Kuala Lumpur ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi memburu pengikut Kiram yang menceroboh Lahad Datu di Sabah.
"Saya rasa soalan-soalan itu berkaitan dengan pengumuman Najib dan (mereka) mahukan penjelasan.
''Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya akan menyampaikan (perkara itu terlebih dahulu) kepada Presiden dan biarlah Presiden memutuskan untuk mengarahkan Setiausaha Luar, Albert del Rosario untuk menyampaikannya kepada Malaysia," kata Roxas yang dipetik oleh abs-cbnnews.com.
Semalam, polis Malaysia berkata, sekurang-kurangnya 63 orang maut akibat konflik pencerobohan di Sabah.
Roxas dalam pada itu berkata, pertemuannya dengan Esmail semalam, lebih kepada membuat tinjauan dan langkah pertama untuk menyelesaikan konflik di Sabah.
Menurutnya, beliau turut menyampaikan kebimbangan Presiden terhadap keselamatan lebih 800,000 rakyat Filipina di Sabah, termasuk pengikut Kiram. - AGENSI
Utusan Online

No comments:

Malay Origin - Melayu: Dari Mana?

Malay who read can understand this. Malay who only listen to Ulama cannot understand this. Today Generation do not know their history ne...