Tuesday, June 6, 2017

Rape, Sodomy, Oral Sex part of UPNM culture

Kes Buli Perkara Biasa, Ramai Kena Liwat, Oral Seks Tidak Didedahkan- Bekas Pensyarah UPNMKes Buli Perkara Biasa, Ramai Kena Liwat, Oral Seks Tidak Didedahkan- Bekas Pensyarah UPNM“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisi sehingga hari ini dalam tentera kita.”

“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan.”
Demikian pendedahan sumber yang memetik daripada laporan Malaysia Gazette berhubung kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menurut sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.
Tegasnya, apa yang berlaku itu bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.
Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.
“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa.”
“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.
Tambahnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan

No comments:

Agong rejected IGP Khalid's extension

TODAY ALLAH HAS ANSWERED MALAYSIANS' PRAYERS.  HAPPY TO NOTE THAT IGP KHALID CAN LOOK FORWARD TO SETTING UP A NEW BUSINESS OF SELLI...