Tuesday, March 28, 2017

Save Siti Noor Aishah Atam

Suaram decries student’s detention under Sosma after acquittal

 | March 27, 2017
NGO describes Siti’s Noor Aishah’s detention as one of the most deplorable uses of Sosma and Poca.
sevan-suaram-1
KUALA LUMPUR: The human rights and civil liberties NGO Suaram has called on the attorney-general’s chambers to withdraw its arrest of student Siti Noor Aishah Atan over alleged possession of illegal books.
Its executive director, Sevan Doraisamy, said Siti, a research student at Universiti Malaya, should be released from her detention under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma).
In a statement today, he said Suaram was notified that Siti had been re-arrested and returned to detention under Sosma following her hearing at the Court of Appeal this morning.
Siti was detained under Sosma for allegedly being in possession of the materials.
On Sept 29 last year, she was acquitted and discharged by the High Court over the charge of having 12 publications related to terrorism.
However, she was rearrested under the Prevention of Crime Act 1959 (Poca) after her release.
“To date, Siti’s detention remains one of the most deplorable uses of Sosma and Poca,” Sevan said.
After her 60 days’ detention under Poca, she was sentenced to house arrest with an electronic monitoring device (EMD) attached to her, Sevan said.
The attorney-general’s chambers has meanwhile also appealed the High Court’s decision to discharge her, he noted.
Following her hearing at the Court of Appeal this morning, Siti was detained again under Sosma pending the continuation of her trial at the High Court.
“Suaram strongly condemns the use of laws such as Sosma that provide detention without trial,” Sevan said.
“With no clear evidence against her, the repeated attempt to deprive Siti of her freedom through unscrupulous means can only be described as abuse of power and a gross human rights violation.”
He stressed that Siti was already sentenced to house arrest with the monitoring device under Poca and the finding by the High Court judge stood in her favour.
He said these factors made it clear that there is no need for her continued detention under Sosma while her case proceeds to full trial.
pelajar
Siti Noor Aishah Atam allegedly had 12 publications related to terrorism.

Thursday, December 08, 2016

Siti Noor Aishah Atam - Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi - Mahkamah Bebas Polis Tangkap Lagi Guna POCA??

Siti Noor Aishah Atam, saperti yang dikatakan bukan seorang 'ternama' - lihat pos sebelum ini Siti Noor Aishah Atam - victim of SOSMA, found Not Guilty by High Court, then re-detained under POCA?

Menyusul dari posting lepas, saya telah meneruskan usaha mencari maklumat mengenai kes Siti Noor Aishah, dan berjaya saya menemui Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi yang telah mendapatinya tidak bersalah dan membebaskan..(sila baca dibawah ini, 'link' selepas penghakiman ini juga terus ke sumber dalam bentuk PDF.

Membaca alasan penghakiman ini juga akan memberikan pengetahuan lebih.

Latar Belakang Ringkas

Siti Noor Aishah Atam telah ditangkap polis pada 22/3/2016kerana didakwa memiliki 12 buku mengenai 'terrorism' (tetapi yang peliknya Buku ini sebenarnya tidak diharamkan di Malaysia). Mana adil, jika polis boleh tangkap dan mendakwa seseorang memiliki buku yang tidak diharamkan kerajaan pun. Mana kita boleh tahu buku manakah yang tidak boleh dimiliki dan dibaca.

Siti dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman pada 19 April 2016 di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Paling maksima polis boleh menahan seseorang sebelum dibebaskan atau dituduh di Mahkamah, adalah 14 hari, justeru kemungkinan besar Siti telah ditahan polis berasaskan SOSMA[Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012], yang membenarkan polis terus tahan seseorang tanpa apa-apa perintah Mahkamah/Magistret untuk 28 hari. Rujukan kepada Alasan Penghakiman juga menyatakan bahawa beliau juga telah disiasat berasaskan SOSMA, dan semasa perbicaraan juga SOSMA telah digunakan. 

SOSMA - not the new ISA and no death penalty...Let's understand SOSMA better?

Kes dipindahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan pada 25/7/2016 Siti Noor Aishah tidak mengaku salah dan seterus kes itu dibicarakan.

29/9/2016 -  '...mahkamah ini melepaskan dan membebaskan OKTdiatas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan kadar serta merta...'. Juga telah dilapurkan, selepas keputusan Mahkamah, pihak pendakwaraya minta kebenaran terus tahan Siti mengunakan SOSMA...'Mahkamah turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam untuk menahan Siti Noor Aishah di dalam penjara mengikut Seksyen 30(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sementara menunggu rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh. - sila lihat Siti Noor Aishah Atam - victim of SOSMA, found Not Guilty by High Court, then re-detained under POCA?

Selepas ini, walaupun Mahkamah jelas tak benarkan tahan Siti lagi - pihak polis telah menangkapnya lagi dan tahan di bawah Akta lain - kiniAkta Pencegahan Jenayah 1959 (Prevention of Crime Act 1959 (POCA) - Tahanan Tanpa Bicara..

Pada 29/11/2016, berita bahawa polis telah bebaskan daripada tahanan fizikal - dan bebaskannya dengan syarat(kesemua syarat yang dikenakan tidak lagi jelas), serta meletakkan 'electronic monitoring device (EMD)' - Harus dinyatakan bahawa tahanan serta kini Restriction(yang akan menghadkan hak asasinya) adalah BUKAN berasaskan keputusan Mahkamah - bukan hukuman kerana kamu didapati bersalah..

Dalam kes Siti Noor Aishah Atam, Mahkamah telah putuskan bahawa dia tidak bersalah - tetapi Siti masih 'dihukum'...oleh undang-undang tidak adil saperti POCA dan POTA, yang membenarkan seorang ditahan tanpa bicara walaupun tidak bersalah. Undang-undang ini zalim, kerana mangsa tidak boleh pun mencabar alasan yang digunakan untuk menahan atau menghadkan kebebasannya. Bila anda, dibebaskan dengan syarat - harus disedari pengingkaran mana-mana syarat secara otomatik adalah satu kesalahan yng boleh dikenakan hukuman penjara..

Last December, police said more than 200 people were fitted with the EMD under Poca. Those found tampering with the device or violating conditions of release can be jailed for two years. 

POCA dan POTA harus dimansuhkan - kerana seseorang yang TAK BERSALAH pun boleh ditahan tanpa bicara bertahun-tahun. Berbeda dengan hukuman jenayah, di mana ada kepastian berapa tahu anda akan dipenjarakan - Akta macam POCA dan POTA (sama saperti ISA dulu) memberi kerajaan kuasa menahan bertahun-tahun ikut suka mereka...

As at Sept 30, 2015, 975 people have been detained under Poca.

SOSMA pula zalim kerana undang-undang biasa mengenai tangkapan, tahanan reman, keterangan yang boleh diterima Mahkamah, hak-hak mendapatkan bicara adil semua boleh diabaikan kerana pihak polis/pendakwa gunakan SOSMA. 

Kalau ahli politik jadi mangsa, parti politik akan membantah cukup kuat - tapi, bila mangsa SOSMA, POCA dan POTA orang biasa, nampaknya tak ada yang ambil berat...Adakah PAS, DAP, PKR, Amanah, UMNO, MCA, MIC atau mana-mana parti politik sehingga kini keluarkan kenyataan membantah apa yang berlaku kepada Siti Nor Aishah Atam atau lebih 1,000 orang yang kemungkinan kini di 'tahan tanpa bicara' atau 'hidup dengan syarat-syarat' yang dikenakan di bawah Akta POCA atau POTA?

Kadang-kadang, terpaksa kita tanya sama ada ahli politik dan parti politik prihatin dengan ketidakadilan yang menimpa rakyat Malaysia...rakyat biasa?


PENGHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI YANG BEBASKAN SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM



DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR
DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PERBICARAAN JENAYAH NO: 45SO-7-5/2016

PENDAKWA RAYA
LAWAN
SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM (No. Kad Pengenalan: 870727-11-5386)


PENGHAKIMAN

Latarbelakang
1. Ini merupakan satu perbicaraan kes yang melibatkan Orang Kena Tudoh (OKT) menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama. OKT menghadapi pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 22 Mac 2016 jam lebih kurang 12.25 tengahari di sebuah rumah dialamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, dalam Daerah Dungun, dalam Negeri Terengganu, telah memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ) sepertimana di Lampiran A dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama.
Lampiran A
No.
NoTajuk Tajuk
Penulis
Penterjemah
Penerbit
Kumpulan
Peng
anas
1
Visi Politik
Gerakan Jihad
Hazim Al-Madani
Abu Mush’ab
As-Suri
Luqman Hakim
Jazera
JI dan AQ
2
Generasi kedua Al
Qaidah: Apa dan siapa
Zarqawi Apa Rencana
Mereka ke Depan
Fuad Hussein
Ahmad
Syakrikin
Jazera
JI, AQ dan IS
3
Akankan Sejarah
Terulang
Dr. Muhammad
Al-Abdah
Abas Mansur
Tamam
Jazera
JI dan AQ
4
Deklarasi Daulah Islam
Irak
Dewan Syariah
Daulah Islam Iraq
Abu Hafsh
As-Sayyar
Abu Musa
Ath-Thayyar
Islamika
JI, AQ dan
IS
5
Meretas Jalan Jihad
Fie Sabilillah
Syaikh Abdul
Qadir Abdul Aziz
Hassan As
Sayyari
Pustaka Al
Alaq
JI dan AQ
6
Misteri Pasukan Panji
Hitam
Muhammad Abu
Fatihah Al-Adani
H.Muhammad
Harun Zein
Jasmin
Publications
Ji dan AQ
7
Turki Negara Dua
Wajah
Abdullah Azzam
Abdurrahman
Al Alaq
JI dan AQ


3
No.
Tajuk
Penulis
PenterjemahPenterjemah
Penerbit
Kumpulan
Penganas
8
Masterplan 2020:
Strategi Al Qaidah
Menjebak Amerika
Fahmi Suwaidi
-
Jazera
JI dan AQ
9
Dari Usamah kepada
Para Aktivitis
Syaikh Usamah
Bin Ladin
Syaikh Yusuf
Al_Uyairi
Umar
Burhanuddin
Abu Hafs As
Sayyar
Syahida Man
Kafayeh
JI dan AQ
10
Dari Rahim Ikhwanul
Muslimin ke Pangkuan
Al Qaida
Ayman Az
Zawahiri
Umar
Burhanuddin
Kafayeh
JI dan AQ
11
Ketika Maslahat di
pertuhankan dan
menjadi Thaghut Model
Baru
Abu Muhammad
Ashim Al
Maqdisiy
Abu Sulaiman
Aman
Abdurrahman
-
IS
12
Seri Materi Tauhid for
the greatest happiness
-
Abu Sulaiman
Aman
Andurrahman
-
IS

Hukuman“Jika sabit kesalahan kamu hendaklah diseksa dengan penjara untuk tempoh tidak melebehi 7 tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item tersebut.

Kes Pihak Pendakwaan
2. Dalam perbicaraan kes ini pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut:
2.1 Insp. Shafinah binti Abdul Halim - Pegawai Tangkap (SP 1)
2.2 Dr. Wan Adli bin Wan Ramli- Pendapat Usuluddin (SP 2)
2.3 ASP Nazlee bin Bahari- Penerima maklumat pertama (SP 3)
2.4 L/D/Kpl. 172495 Mohd Nabil bin Syed Sabri –Jurufoto (SP 4)
2.5 Puan Sadiah binti Ibrahim –Ibu OKT (SP 5)
2.6 G/22399 Insp. Oi Tiat Siong –Pegawai penyiasat (SP 6)
2.7 Puan Farahana binti Wan Hamid-Unit Pendaftaran, Jabatan Pengajian Siswazah, Universiti Malaya (SP7)
2.8 Puan Zainab binti Abdullah – Unit Sumber Manusia,Universiti Malaya (SP8)
2.9 Prof. Dr. Rohan Gunaratna – Pakar Kajian Keganasan (SP9)
2.10 Ustaz Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin- Pakar Kajian Keganasan(SP10)
3. Sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya, Timbalan Pendakwa Raya telah menawarkan 4 orang saksi-saksi berikut kepada pihak pebelaan tetapi hanya seorang saksi diperlukan oleh pihak peguam iaitu Atam bin Jusoh. 3 orang saksi-saksi tersebut telah dilepaskan atas perintah mahkamah. Saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Insp. Noraidah binti Huzir Ibrahim (G/20298) – Bahagian E8(Counter Terrorism), Cawangan Khas, Bukit Aman
3.2 DL/Kpl. Amir Azimi bin Abdullah - Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Bukit Aman
3.3 Supt. Mohd. Rabi bin Abu Bakar – Pegawai Turus E8(B),Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Bukit Aman

3.4 Atam bin Jusoh (No. KP: 560214-11-5061) – Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Sura, Dungun, Terenganu
4. Keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut:
4.1 Pada 22 Mac 2016, Insp Shafinah (SP1) dan sepasukan pegawai dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman yang terdiri daripada Insp. Noraidah binti Huzir, L/Kpl. Amir Hazimi dan L/Kpl. Syed Mohd Nabil (jurugambar) telah pergi kerumah OKT yang beralamat di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang, Sura,Dungun, Terengganu;
                                                                             
4.2 (SP1) dan pasukannya telah tiba ke rumah tersebut dalam jam lebih kurang 12.25 tengahari dan mendapati pintu rumah tertutup;

4.3 Setelah pintu dibuka, (SP1) mendapati terdapat seorangperempuan Melayu didalam rumah yang kemudiannya disahkan merupakan Ibu OKT bernama Saadiah binti Ibrahim (SP5);

4.4 Setelah masuk kedalam rumah tersebut, (SP1) telah bertanyakan dimana OKT berada dan beliau dimaklumkan oleh (SP5) bahawa OKT berada didalam bileknya;

6
4.5 Didalam rumah tempat kejadian cuma terdapat satu bilek sahaja iaitu bilek yang diduduki oleh OKT sepertimana dalam gambar (P6)(18-49);

4.6 (SP1) menjelaskan bahawa bilek tersebut tidak mempunyai pintu dan cuma ditutup dengan langsir sahaja;

4.7 Setelah masuk kedalam bilek tersebut, (SP1) telah menemui OKT yang sedang terbaring diatas katil dalam bilek berkenaan seperti gambar-gambar (P16)(gambar18, 19, 20, 21, 22 dan 23);

4.8 (SP1) telah mengejutkan OKT dan kemudian telah memperkenalkan dirinya sebagai Polis;

4.9 (SP1) kemudiannya telah membuat pemeriksaan didalam bilek tempat OKT ditahan dan mendapati terdapat banyak barang-barang yang dikatakan milek OKT termasuk bukubuku sepertimana dalam gambar-gambar (P6)(18 hingga 49);

4.10 (SP1) telah menjelaskan kedudukan setiap buku-buku yang dirampas dalam bilek tersebut dengan merujuk kepada penandaan nombor yang dibuat dalam gambargambar (P6)(23 hingga 49). Kesemua gambar-gambar tersebut menunjukkan keadaan asal buku-buku yang dirampas dari dalam bilek yang didiami oleh OKT;

4.11 (SP1) telah menjelaskan kedudukan setiap buku yang dirampas dalam bilek tersebut dengan merujuk kepada penandaan nombor yang dibuat dalam gambar-gambar (P6)(23 hingga 49). Kesemua gambar-gambar tersebut menunjukkan keadaan asal buku-buku yang dirampas
dari dalam bilek yang didiami oleh OKT;

4.12 Barang-barang kes yang dirampas yang dinyatakan dalam Borang Senarai Gelidah (P5) adalah seperti berikut:

Bil
Ekshibit Yang Di Rampas
Tandaan
No. Ex.
1.
1 telefon bimbit warna hitam jenama
ARUS Zenfone 5 (No. Siri:
F1AZFG271562)
IMEI1: 357996064654708
IMEI2: 357996064654716
BERSAMA 1 SIMKAD CELCOM
XPAX
PREPAID 896019150116120767
1MICRO SD SANDISK 16GB
1
P9


8
2.
1 LapTop Jenama ACER ASPIRE
4740 Series SN
LXPMKO200400754F551601(Warna
Biru)
2
P10
3.
1 naskah buku bertajuk: “MERETAS
JALAN JIHAD FIE SABILILLAH”
3
P11
4.
(a) 1 naskah buku bertajuk “SERI
MATERI TAUHID for the greatest
happiness”
4(a)
P12

(b) 1 naskah buku bertajuk
“MEMBONGKAR KEKHAFIRAN
NEGARA SAUDI”
4(b)
P13

(c) 1 naskah buku bertajuk
“DEMOKRASI ADALAH AGAMA”
4(c)
P14

(d) 1 naskah buku bertajuk “KETIKA
MASLAHAT DAKWAH DI
PERTUHANKAN DAN MENJADI
TAGHUT MODEL BARU”
4(d)
P15

(e) 1 naskah buku bertajuk
“TARBIYAH JIHADDIAH 1”
4(e)
P16

(f) 1 naskah buku bertajuk “JIHAD
FISABILILLAH DAN TERRORISME:
4(f)
P17


9
5.
(a) 1 naskah buku bertajuk”FIKIH
PERGERAKAN (AKU WARISKAN
UNTUK KALIAN)”
5(a)
P18

(b) 1 naskah buku bertajuk “DARI
USAMAH KEPADA PARA AKTIVIS”
5(b)
P19

(c) 1 naskah buku bertajuk
“GENERASI KEDUA AL-QAIDAH
(APA DAN SIAPA ZARQAWI, APA
RENCANA MEREKA KE DEPAN)
5(c)
P20

(d) 1 naskah buku bertajuk
“MASTERPLAN 2020: STRATEGI
AL-QAIDAH MENJEBAK AMERIKA”
5(d)
P21

(e) 1 naskah buku bertajuk
“TENTERA SALIB SUDAH KEMBALI,
AKANKAH SEJARAH TERULANG”
5(e)
P22

(f) 1 naskah buku bertajuk “TURKI
NEGARA DUA WAJAH”
5(f)
P23

(g)1 naskah buku bertajuk
“DEKLARASI DAULAH ISLAM IRAK”
5(g)
P24

(h)1naskah buku bertajuk “DARI
RAHIM IKHWANUL MUSLIMIN KE
PANGKUA AL-QAIDA”
5(h)
P25


10

(i) naskah buku bertajuk “MISTERI
PASUKAN PANJI HITAM”
5(i)
P26

(j)1 naskah buku bertajuk “VISI
POLITIK GERAKAN JIHAD”
5(j)
P27
6.
1 broadband jenama CELCOM
bersama 1 simkad DIGI S/N:
161404110026100864K
6
P28
7.
1 dompet warna cokelat jenama
POLO:
7
P29

(a)Kad Pengenalan SITI NOOR
AISHAH BINTI ATAM
7(a)
P29A

(b)Kad Bank BSN (DebitVisa)
4773950017281919
7(b)
P29B

(c)Kad Bank Islam 6033 4610
0173 1225
7(c)
P29C

(d)Kad Bank CIMB (Merah)
7(d)
P29D

(e)1 lesen memandu atas nama
SITI NOOR AIAHAH BINTI
ATAM
7(e)
P29E
8.
1 bekas berwarna cokelat
8
P30

(a)1 harddisk jenama Western
Digital My Passport (warna
biru) S/N WX31E12F0345
8(a)
P30A


11
9.
(a) 1 naskhah buku bertajuk
“MARILAH BERKENALAN DENGAN
AHL-AL-SUNNAH WAL-JAMAAH
9(a)
P31

(b)1 salinan buku bertajuk “DARI
USAMAH KEPADA PARA
AKTIVIS”
P9(b)
P32

(c)1 salinan buku bertajuk
“MERETAS JALAN JIHAD FIE
SABILILLAH”
P9(c)
P33

(d)1 salinan buku bertajuk “DARI
RAHIM IKHWANUL MUSLIMIN
KE PANGKUAN AL-QAIDA”
9(d)
P34

(e)1 salinan naskah buku bertajuk
“RAMBU-RAMBU DALAM
PERJUANGAN”
P9(e)
P35

(f) 1 salinan naskah buku bertajuk
“KARAMAH MUJAHIDIN DARI
MASA KE MASA”
P9(f)
P36

(g)1 salinan naskah buku bertajuk
“TENTERA SALIB SUDAH
KEMBALI, AKANKAH
SEJARAN TERULANG”
P9(g)
P37


12

(h)1 salinan naskah buku bertajuk
“VISI POLITIK GERAKAN
JIHAD”
P9(h)
P38

(i) 1 buku nota warna Ungu (diari)
P9(i)
P39

4.13 Kesemua ekshibit-ekshibit diatas telah dirampas dan dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Kedua-dua saksi ini (SP1) dan pegawai penyiasat (SP6) telah menandatangani Borang Akuan Serah Terima Barang Kes (P40) dan menandatangani Barang-barang kes diatas.

(a) (P27)- VISI POLITIK GERAKAN JIHAD
(b) (P20)- GENERASI KEDUA AL-QAIDAH (APA DAN SIAPA ZARQAWI, APA RENCANA MEREKA KE DEPAN)
(c) (P37)- TENTERA SALIB SUDAH KEMBALI, AKANKAH SEJARAH TERULANG
(d) (P24)- DEKLARASI DAULAH ISLAM IRAK
(e) (P11)- MERETAS JALAN JIHAD FIESABILILLAH
(f) (P18)- FIKH PERGERAKAN (AKU WARISKAN UNTUK KALIAN )
(g) (P26)- MISTERI PASUKAN PANJI HITAM
(h) (P23)- TURKI NEGARA DUA WAJAH
(i) (P21)- MASTER PLAN 2020: STRATEGI ALQAIDAH MENJEBAK AMERIKA

(j) (P32)- DARI USAMAH KEPADA PARA AKTIVIS
(k) (P25)- DARI RAHIM IKHWANUL MUSLIMIN KE PANGKUAN AL-QAIDA
(l) (P15)- KETIKA MASLAHAT DAKWAH DIPERTUHANKAN DAN MENJADI TAGHUT MODEL BARU
(m) (P12)- SERI MATERI TAUHID

4.14 Pegawai Penyiasat (SP6) kemudiannya telah merujuk 12 buah buku-buku diatas kepada 3 orang saksi Pakar(SP2), (SP9) dan (SP10) untuk mengkaji dan memberikan pandangan mengenai buku-bukutersebut. Saksi-saksi tersebut telah mengeluarkan pandangan masing-masing yang bertanda (P42)(P45A)(P52(1)hingga (12)). Hasil pandangan ketiga-tiga pakar ini menyatakan bahawa buku-buku tersebut menunjukkan unsur-unsur khawarij atau keganasan yang berkait rapat dengan Kumpulan Pengganas Islamic State, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah.

Rantaian kendalian Barang-barang kes sehingga pengemukaan ke mahkamah:

5. Dalam menimbangkan isu ini, mahkamah ini perlulah meneliti segala keterangan-keterangan saksi dan dokumen yang dikemukakan dimahkamah. Insp Shafinah binti Abdul Halim (SP1), pegawai yang mengetuai serbuan pada hari kejadian (22 Mac 2016) menegaskan pada setiap masa barang kes berada dengannya. Apabila sampai di Bukit Aman, saksi (SP 1) telah menyerahkan OKT dan semua barang-barang kes diatas serta mengeluarkan mengeluarkan Borang Bongkaran (P40) dan membuat Laporan Polis, Dungun/001693/16(P8). Saksi (SP1) ini juga telah membuat tanda pengenalan keatas setiap barang kes yang dirampasnya dengan menurunkan tandatangan dan tarikh keatas setiap barang kes tersebut. Barang-barang kes dan OKT kemudiannnya telah diserahkan oleh (SP1) kepada Pegawai Penyiasat, Insp. Oi Tiat Siong (SP6) dan kemudiannya Borang Serah Menyerah Barang Kes (P40) dibuat diantara kedua-dua pegawai polis ini;
6. Pada 1 April 2016 jam lebih kurang 8 malam, pegawai penyiasat,Insp. Oi Tiat Siong (SP 6) telah merujuk 13 buah buku-buku seperti diatas kepada Prof. Dr. Rohan Gunaratna (SP9) dan saksi (SP9) mengesahkan telah mengambil 43 gambar-gambar foto ekshibitekshibit buku-buku tersebut untuk tujuan kajian dan semakan sebelum pulang ke Nanyang Technological University, Singapura untuk kajian lanjutan melalui rekod Data Base yang terdapat di Universiti tersebut.

7. Selanjutnya pada 23 Ogos 2016 jam lebih kurang 4 petang, di bilek pejabat kakitangan, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya,(SP6) telah menyerahkan 12 buah buku-buku diatas kepada saksi Wan Adli bin Wan Ramli (SP2) bagi mendapatkan pendapat dan pandangan Usuluddin. Kedua-dua saksi ini telah menandatangani Borang Serah Terima Barang Kes (P41). Pada 31 Ogos 2016 jam lebih kurang 12 tengahari , (SP2) telah mengembalikan semula buku buku tersebut dengan menandatangani dokumen serah terima semula barang kes (P43).

8. Pada 2 September 2016 jam lebih kurang 5.30 petang, di ASWAJA Learning Centre, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, (SP6) telah menyerahkan 12 buah buku-buku diatas kepada saksi Ustaz Zamihan bin Hj. Mat Zin(SP10) bagi mendapatkan pendapat dan pandangan Kajian Keganasan. Kedua-dua saksi ini telah menndatangani Borang Serah Terima Barang Kes (P46). Pada 4 September 2016 jam lebih kurang 6 petang, (SP10) telah mengembalikan semula buku-buku tersebut dengan menandatanganidokumen serah terima semula barang kes (P47).

9. Ketiga-tiga saksi yang menerima buku-buku tersebut dan membuat kajian masing-masing, mengesahkan ekshibit-ekshibit tersebut dimahkamah dengan meneliti segala tanda-tanda yang terdapat pada ekshibit-ekshibit tersebut serta setiap mukasurat. Setelah pemeriksaan dibuat keatas semua buku-buku tersebut didapati berada dalam keadaan yang baik;
16

10. Mahkamah ini telah meneliti setiap buku-buku tersebut dan mendapati masih dalam keadaan yang baik dan sempurna. Ianya juga adalah konsisten dalam menunjukkan tanda-tanda tersebut boleh dilihat dengan jelas dan tanda-tanda yang terdapat pada semua barang kes tersebut.

11. Setelah meneliti segala keterangan-keterangan saksi-saksi (SP2),(SP6), (SP9) dan (SP10), mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada ujud sebarang keraguan ke atas identiti 12 buah buku-buku yang terlibat sebagai buku-buku yang sama yang di rampas oleh (SP1) dan di analisa oleh mereka dan di kemukakan di mahkamah. Tiada terdapat di mana-mana peringkat rantaian keterangan berkaitan dengan pengendalian dan jagaan selamat buku-buku tersebut pernah terputus. Tiada juga terdapat tandatanda barang-barang kes tersebut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak.

Beban Pembuktian oleh Pihak Pendakwaan :

12. Di Akhir kes pendakwaan, adalah menjadi tugas dan Beban statutory kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes“Prima Facie” menurut Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dengan membuktikan kesemua elemen-elemen perundangan sebelum kOKT dipanggil untuk menjawab sebarang pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Suatu kes “Prima Facie” dinyatakan dan diulangkan dengan tegas dalam kes: Balachandran v. PP (2004) 2 MLRA 547;(2005) 2 MLJ 301(2005) 1 CLJ 85; (2005) 1 AMR 321Mahkamah Persekutuan telah menyatakan:

“A prima facie case is therefore one that is succicient for the accused to called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase „prima facie case
 is defined in similar terms in Mozley and Whiteleys Law Dictionary 11th Ed as :

A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. a prima facie case, then is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebuting evidence adduced by the other side..........In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements ot the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is matter of ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that if it is not rebutted is must prevail.

Thus if the accused elects to remain silent be must be convicted. The test at the close of the case for the presecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out.This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the presecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt.

However it must be observed that it cannot, at that stage,be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s182A(1) of the Criminal Procedure Code.

23Dalam kes: Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor (2000) 2 MLRA 383; (2003) 1 MLJ 65 at 81; (2003) 1 CLJ 734; (2000) 2 AMR 89 (E-F) (MR), Mahkamah Rayuan menyatakan:

“It is therefore follows that there in only once exercise that a judge sitting alone under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”……

20
Dalam kes: Public Prosecutor v. Ong Cheng Heong (1998) 2 MLRH 345; (1998) 6 MLJ 678 at 691(1998) CLJ 209, Mahkamah Rayuan juga menerangkan “approach” yang perlu diambil menurut Seksyen 173(f) dan 180 KPJ di akhir kes pendakwaan. Begitu juga dalam kesPendakwa Raya lawan Mohd Radzi bin Abu Bakar (2005) 2 MLRA 590; (2005) 6 MLJ 393; (2006) 1 CLJ 457; (2005) 6 AMR 203, (2006) 6 CLJ 465 ,yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes: Looi Kow Chai diatas.

14. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut :

(i) the close of Prosecution
s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecutions witnesses. Take into accountall reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;

(ii) ask yourself the question, IF I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;

(iii) After the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;

(iv) After defence is called, the accused elect to give evidence, then go through the steps set out in Mat v.PP [1963] 1 MLRH 400; (1963)MLJ 263.

Isu-isu Utama bagi Pembuktian Kes
15. Bagi menilai persoalan ini, mahkamah dalam membuat penilaian secara maksima, seharusnya terikat dan perlu menimbangkan fakta fakta berikut iaitu seperti berikut:

(a)- Apakah Kumpulan Pengganas (terrorist group) ??
- Siapakah Kumpulan Pengganas tersebut??
Bagaimana pula Unsur-unsur Pengganas??


(b) Adakah kesemua 12 buah buku-buku tersebut mempunyai unsure-unsur atau kaitan dengan Kumpulan Pengganas (terrorist group)?.

(c) Pemilikan buku-buku??
Siapa memiliki buku-buku tersebut?
Adakah buku-buku tersebut kepunyaan OKT?
(d) Tempat kejadian.........tiada bukti atau dokumen bahawa tempat kejadian itu adalah seperti di dalam kertas pertuduhan.

ISU PERTAMA
Apakah Kumpulan Pengganas (terrorist group) ??
Siapakah Kumpulan Pengganas tersebut??
Bagaimana pula Unsur-unsur Pengganas??
16. Persoalan yang perlu difikirkan oleh Mahkamah ini adalah Apakah itu Kumpulan Pengganas?? Siapakah sebenarnya Kumpulan Pengganas?? Apakah sebenarnya Unsur-unsur Kumpulan Pengganas??. Dalam meneliti isu ini, mahkamah ini mendapati bahawa tafsiran Kumpulan Pengganas ini ada dinyatakan dalam Seksyen 130 Kanun Keseksaan seperti berikut
“terrorist means any person who –
(a) commits, or attempts to commit, any terrorist act ; or

(b) participates in or facilitates the commission of any terrorist act,
and includes a specified entity under section 66B or section 66C of the Anti-Money Laundering Act 2001;
“terrorist entity” means any entity owned or controlled by any terrorist or terrorist group and includes an association of such entities ;
“terrorist group” means –
(a) an entity that has as one of its activities and purposes the committing of, or the facilitation of the commission of, a terrorist act; or
(b) a specified entity under section 66B or section 66C of the Anti-Money Laundering Act 2001;

“terrorist property” means –
(a) proceeds from the commission of a terrorist act;
(b) property that has been, is being, or is likely to be used to commit a terrorist act;
(c) property that has been , is being, or is likely to be used by a terrorist, terrorist entity or terrorist group;
(d) property owned or controlled by or on behalf of a terrorist, terrorist entity or terrorist group, including funds derived or generated from such property;or
(e) property that has been collected for the purpose ofproviding support to a terrorist, terrorist entity or terrorist group or funding a terrorist act.

(2) For the purposes of this Chapter, “terrorist act” means an act or threat of action within or beyond Malaysia where –
(a) the act or threat falls within subsection (3) and does not fall within subsection (4);
(b) the act is done or the threat is made with the intention of advancing a politicial, religious or ideological cause; and
(c) the act or threat is intended or may reasonably be regarded as being intended to –
(i) intimidate the public or a section of the public; or
(ii) influence or compel the Government of Malaysia or the Government of any state in Malaysia, any other government, or any international organization to do or refrain from doing any act.
(3) An act or threat of action falls within this subsection if it –
(a) involves serious bodily injury to a person;
(b) endangers a person
s life;
(c) causes a person
s death;
(d) creates a serious risk to the health or the safety of the public or a section of the public;

(e) involves serious damage to property;
(f ) involves the use of firearms, explosives or other lethal devices;
(g) involves releasing into the environment or any part of the environment or distributing or exposing the public or a section of the public to –
i) any dangerous, hazardous, radioactive or harm-ful substance;
ii) any toxic chemical; or
iii) any microbial or other biological agent or toxin;

(h) is designed or intended to disrupt or seriously interfere with, any computer systems or the provision of any services directly related to
communications infrastructure, banking or financial services, utilities, transportation or other essential infrastructure;
(i) is designed or intended to discrupt, or seriouslyinterfere with, the provision of essential emergency services such as police, civil defence or medical services;

(j) involves prejudice to national security or public safety;
(k) involves any combination of any the acts specified in paragraph (a) to (j).
and includes any act or omission constituting anoffence under the Aviation Offences Act 1984.

(4) An act ir threat of action falls within this subsection if it –
(a) is advocacy, protest, dissent or industrial action;
(b) is not intended –
(i)to cause serious bodily injury to a person;
(ii)to endanger the life of a person;
(ii)to cause a person
s death ; or
(iv)to create a serious risk to the health or safety of the public or a section of the public.

(5) For the purpose of subsection (2) –
(a) a reference to any person or property is a reference to any person or property wherever situated, within or outside Malaysia; and

(b) a reference to the public includes a reference to the public of a country or territory other than Malaysia.

17. Manakala dalam seksyen 66B dan seksyen 66D of the AntiMoney Laundering, Anti Terrorrism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act Act 2001 (AMLA) mentakrifkan seperti berikut:

Section 66B Declaration of specified entities(1) where the Minister of Home Affairs is satisfied on information given to him by a police officer that –
(a) an entity has knowingly committed, attempted to commit, patcipated in committing or facilitated the commission of, a terrorist act; or
(b)an entity is knowingly acting on behalf of, at the direction of, or in association with, an entity referred to in paragraph (a),
the Minister of Home Affairs may, by order published in the Gazette, declare the entity to be a specified entity
Section 66D Minister’s power to obtain information(1) The Minister of Home Affairs may, by order published in the Gazette, require any person or class of persons to determine within the period specified in the order whether they are in possession or control of terrorist property or property owned or controlled by or on behalf of any specified entity
(2) An order made under subsection (1) may require any person or class of persons specified in it to report to the relevant regulatory or supervisory
authority and within such regular periods as may be specified in the order-
(a) Whether they are in possession or control of any property referred to in subsection (1); and
(b) If they are in possession of any propertyreferred to in subsection (1)-
(i) the number of persons, contracts or account involved;
(ii)the total value of the property involved;
(iii)the manner by which the property came to be in their possession; and
(iv)such other particulars as may be specified in the order
(3) The relevant regulatory or supervisory authority shall immediately report to the Minister of Home Affairs if any person or class of persons under their
regulation or supervision is found to be in possession or control of terrorists property or property owned or controlled by or on behalf of any specified entity

(4) No criminal, civil or disciplinary proceedings shall be brought against a person for making a report in good faith under subsection (2)

(5) Any person who contravenes any order made under this section commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both

(6) The provisions of this section shall have effect notwithstanding any obligation as to secrecy or other restriction on the disclosure of information
imposed by any written law or otherwise

18. Dalam perbicaraan yang dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan 2 ekshibit bagi mengesahkan bahawa kumpulankumpulan pengganas Islamic State, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah telah diwartakan sebagai Kumpulan Pengganas menurut Seksyen 66A dan 66D of the Anti-Money Laundering, Anti Terrorrism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act Act 2001 (AMLA)(Akta 613). Ekshibit-ekshibit tersebut adalah Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 93 bertarikh 7 April 2014 (P53) dan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 301 bertarikh 12 November 2014(P51). Dalam isu ini juga berdasarkan kepada kes: PP v. Ummi Kalsom Bahak (2015) 7 CLJ, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah merujuk kepada Warta diatas dalam menenentukan keujudan Kumpulan Pengganas menyatakan:

“………walaupun pengwartaan hanya dibuat pada 12 November 2014, namun Mahkamah ini mengambil “judicial notice” bahawa kumpulan IS telah mula wujud selepas kejatuhan Saddam Hussein di Iraq dalam tahun 2003 dan bertambah besar dan berpengaruh selepas tentera Amerika Syarikat keluar dari Negara Iraq dalam tahun 2011. Malahan Majlis Keselamatan BangsaBangsa Bersatu turut menetapkan usul bahawaKumpulan IS adalah sebuah kumpulan pengganas, dan ini berlaku jauh lebih awal daripada tarikh OKT ditangkap pada 12 November 2014, Justeru itu Mahkamah ini membuat keputusan bahawa Kumpulan IS adalah satu
kumpulan-kumpulan pengganas bagi maksud Akta 613 dan terjumlah kepada tafsiran kumpulan pengganas, pengganas, entiti pengganas dan harta benda pengganas di bawah seksyen 130B Kanun Keseksaan…….”

ISU KEDUA

Adakah kesemua 12 buah buku-buku tersebut mempunyai unsur-unsur atau kaitan dengan Kumpulan Pengganas (terrorist group) ??


19. Didalam kes pendakwaan, melalui saksi Pegawai Serbuan(SP1) didalam keterangannya menyatakan bahawa pada tarikh 22 Mac 2016 jam lebih kurang 12.25 tengahari, beliau telah membuat intipan dan seterusnya menyerbu masuk ke rumah tempat kejadian dan berjumpa dengan seorang perempuan, Puan Saadiah binti Ibrahim (SP5) iaitu ibu kepada OKT. Apabia ditanyakan tentang butir-butir Siti Noor Aishah binti Atam (No. KP: 870727-11-5386) - OKT, diberitahu oleh saksi (SP5), penama tersebut merupakan anak kandungnya dan sedang tidur didalam bilek. Pegawai ini seterusnya telah memeriksa bilek tersebut dan mendapati OKT sedang tidur dan setelah digerakkan dan memperkenalkan diri sebagai polis, OKT telah ditangkap. Saksi (SP1) seterusnya telah menjalankan pemeriksaan didalam bilek tersebut dan menjumpai barang-barang kes seperti yang disenaraikan dalam Borang Bongkaran (P5) seperti diatas iaitu (P9), (P10), (P11), (P12), (P13), (P14), (P15), (P16), (P17), (P18),(P19), (P20), (P21), (P22), (P23), (P24), (P25), (P26), (P27), (P28),(P29)(A), (B), (C), (D), (E), (P30), (P30A), (P31), (P32), (P33), (P34),(P35), (P36), (P37), (P38), (P39)

20. Setelah rampasan dibuat, pegawai ini telah membawa barang-barang kes diatas bersama-sama dengan OKT dengan diiringi anggota anggota STORM menuju ke Ibu Pejabat Polis Dungun. Apabila tiba di IPD Dungun, saksi ini telah membuat Laporan Polis seperti Dungun Report No: 1693/16 (P8) bagi memaklumkan mengenai tangkapan dan rampasan yang dibuat. Selanjutnya (SP1) telah membawa OKT dan barang-barang kes menuju ke Bukit Aman. Setibanya di Bukit Aman lebih kurang 6.30 petang, (SP1) telah menyerahkan OKT dan semua barang-barang kes kepada Pegawai Penyiasat (SP6). Keduadua saksi, pegawai serbuan dan pegawai Penyiasat kemudiannya telah menandatangani Borang Serah Menyerah Barang Kes (P40) dan seterusnya membuat tandaan kepada barang-barang kes yang dirampas.

21. Pegawai Penyiasat (SP6) dalam keterangannya mengesahkan barang-barang kes seperti yang disenaraikan dalam dokumen (P40) telah diterima dan disimpan dengan selamatnya dalam cabinet almari yang berkunci yang dimilikinya seorang. Dalam isu ini, mahkamah ini mendapati bahawa tiada ujud sebarang kesenjangan dan sebarang kacau ganggu terhadap ekshibit-ekshibit tersebut terutamanya bukubuku yang dirampas di rumah tempat kejadian. Selanjutnya dalam semua barang-barang kes yang dirampas, sebanyak 12 buah bukubuku yang menjadi perkara utama dalam Kertas Pertuduhan telah dirujuk kepada 3 orang “Pakar” iaitu saksi-saksi (SP2), (SP9) dan (SP10). Buku-buku yang dirujuk adalah seperti berikut:

(P27)- VISI POLITIK GERAKAN JIHAD
(P20)- GENERASI KEDUA AL-QAIDAH (APA DAN SIAPA ZARQAWI, APA RENCANA MEREKA KE DEPAN)
(P37)- TENTERA SALIB SUDAH KEMBALI,AKANKAH SEJARAH TERULANG
(P24)- DEKLARASI DAULAH ISLAM IRAK

33
(P11)- MERETAS JALAN JIHAD FIE SABILILLAH
(P18)- FIKH PERGERAKAN (AKU WARISKAN
UNTUK KALIAN )
(P26)- MISTERI PASUKAN PANJI HITAM
(P23)- TURKI NEGARA DUA WAJAH
(P21)- MASTER PLAN 2020: STRATEGI ALQAIDAH MENJEBAK AMERIKA
(P32)- DARI USAMAH KEPADA PARA AKTIVIS
(P25)- DARI RAHIM IKHWANUL MUSLIMIN KE
PANGKUAN AL-QAIDA
(P15)- KETIKA MASLAHAT DAKWAH
DIPERTUHANKAN DAN MENJADI TAGHUT
MODEL BARU
(P12)- SERI MATERI TAUHID

23. Dalam meneliti keterangan-keterangan saksi-saksi pakar ini, adalah perlu untuk mahkamah ini menilai setiap daripada keterangan saksisaksi ini. Saksi, Dr. Wan Adli bin Wan Ramli (SP2) mengesahkan bahawa beliau telah dirujuk 12 buku-buku diatas dan diakui terima melalui dokumen (P41.). Dalam tempoh 8 hari saksi ini telah membuat kajian dan semakan terhadap buku-buku tersebut dan kemudianya telah memulangkan semula buku-buku itu kepada pegawai penyiasat (SP6) pada 31 Ogos 2016. Semasa memberikan keterangan dimahkamah, saksi ini mengesahkan ada membuat laporan analisa beliau seperti (P42).Adalah diperhatikan semasa saksi ini memberikan keterangan dimahkamah, beliau telah membacakan laporan yang dibuatnya tetapi tidak pernah dirujukkan apa-apa buku tersebut oleh Timbalan Pendakwa Raya. Apa yang lebih menarik lagi adalah saksi ini juga tidak merujuk kepada apa-apa jua halaman ataupun menandakan bahagian-bahagian ataupun petikan-petikan yang terdapat didalam buku-buku tersebut yang boleh dikaitkan dengan manamana kumpulan pengganas. Mahkamah ini tidak ditunjukkan mana- mana bahagian atau cebisan-cebisan yang terdapat dalam buku-buku tersebut yang mempunyai apa-apa unsur-unsur pengganas. Dalam keadaan-keadaan yang sedemikian, keterangan saksi (SP2) tidak banyak membantu mahkamah ini bagi mengetahui bahagian-bahagian mana ataupun petikan-petikan mana yang mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

24. Selanjutnya Timbalan Pendakwa Raya telah memanggil saksi, Prof Rohan (SP9). Saksi ini merupakan seorang pensyarah bidang di Universiti Nanyang, Singapura. Beliau merupakan saksi pakar yang mempunyai kelayakan akademik mahupun pengalaman yang begitu luas dalam menganalisa buku-buku yang berkaitan dengan pengganas. Dalam keterangan beliau, saksi ini mengesahkan bahawa beliau telah dirujukkan 12 buah buku-buku seperti yang disenaraikan dalam Borang Penyerahan Barang Kes (P40). Sebaik sahaja saksi ini dirujukkan buku-buku tersebut oleh pegawai penyiasat, Insp. Oi Tiat Siong (SP6), beliau telah mengambil gambar-gambar bahagian muka depan dan belakang buku-buku tersebut termasuk catatan setiap bab yang terkandung.Setelah itu beliau telah pulang ke Singapura dan dengan merujuk kepada Data Base yang terdapat di Universiti tersebut, beliau telah membuat rumusan dan memberikan pandangan dan laporan bertulis (P45) mengenai setiap buku-buku tersebut. Keterangan saksi ini telah dicabar hebat oleh kedua-dua peguam OKT, En. Kamaruzzaman bin Abdul Wahab dan En. Zukri bin Jusoh. Semasa soal balas dilakukan oleh peguam, saksi ini mengakui bahawa kesemua buku-buku tersebut adalah di tulis dalam Bahasa Malaysia dan beliau tidak membaca buku-buku tersebut dalam Bahasa Malaysia. Data Base yang terdapat di Universiti Nanyang yang dirujuk oleh saksi ini merupakan catatan dalam Bahasa Inggeris. Apa yang lebih menarik adalah saksi ini menyatakan bahawa buku-buku tersebut telah diterjemahkan oleh Uztaz Rizal dan beberapa penterjemah yang lain. Saksi ini akui bahawa kehadiran penterjemahpenterjemah ini adalah material dan penting bagi mengetahui samada mereka ini benar-benar mempunyai kelayakan dalam menterjemahkan buku-buku tersebut dan terjemahan mereka ini diterima oleh mahkamah.Saksi ini secara bersungguh-sungguh telah menjemput pihak-pihak Hakim, Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam untuk meneliti dan menyemak kesahihan Data Base dan kaitannya dengan buku-buku yang dirampas itu. Dalam meneliti keterangan-keterangan saksi (SP9) ini, timbul beberapa persoalan-persoalan yang perlu dititikberatkan oleh mahkamah ini sebelum memutuskan samada keterangan dan laporan saksi ini boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah.


(i) Saksi ini mengesahkan bahawa laporan pakar yang dibuatnya adalah berdasarkan kepada Data Base yang terdapat di Universiti Nanyang yang dikatakan bersamaan dengan buku-buku yang dilihat dan diambil gambar semasa di Bukit Aman. Saksi ini secara bersungguhsungguh menjemput semua pihak-pihak yang terlibat datang keUniversiti Nanyang, Singapura bagi melihat kesahihan rekod-rekod tersebut. Sungguhpun diajukan soalan-soalan dari pihak mahkamah kepada Timbalan Pendakwa Raya mengenai cadangan ini, sikap acuh tidak acuh dan tidak serious Timbalan Pendakwa Raya menikam kes pendakwaan sendiri. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa penelitian dan semakan Data Base ini amatlah relevan dan sangat penting bagi menentukan samada kandungan Data Base tersebut bersamaan dengan kandungan yang terdapat didalam buku-buku yang dirampas itu. Tambahan pula samada kandungan didalam Data Base tersebut merupakan kandungan yang asal ataupun disunting setelah terjemahan dibuat tidak dapat dikenal pasti melainkan mahkamah melihat sendiri perkara ini. Perlulah ditekankan disini bahawa mahkamah ini tidak boleh menganggap bahawa butir-butir dalam Data Base tersebut mengandungi maklumat-maklumat yang tulis dan bersamaan kandungannya dengan kandungan buku-buku tersebut tanpa melihat sendiri ataupun melakukan lawatan ke Data Base tersebut. Tanpa sebarang permohonan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melihat perkara ini dengan sebenarnya telah meletakkan mahkamah ini dalam situasi kekaburan dan seterusnya menjejaskan kes pendakwaan sendiri;
(ii) Saksi (SP9) mengakui bahawa buku-buku yang dirampas adalah didalam Bahasa Malaysia. Saksi ini turut mengakui bahawa catatan didalam Data Base tersebut adalah didalam Bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan. Saksi ini menyatakan beliau tidak boleh memberitahu nama-nama penterjemah kerana ianya melibatkan soal keselamatan mereka. Walaubagaimanpun saksi ini (SP9) sekali lagi menyatakan bahawa pihak-pihak boleh menemuramah penterjemah-penterjemah ini sekiranya lawatan dibuat di Universiti Nanyang. Sungguhpun diperingatkan oleh mahkamah ini kepada Timbalan Pendakwa Raya namun beliau mengambil sikap berdiam diri. Pada hemat mahkamah ini, apalah ertinya dan nilai keterangan saksi ini tanpa diketahui status kewajaran penterjemah-penterjemah ini.Mahkamah ini tidak boleh menganggap  bahawa buku-buku tersebut telah diterjemahkan oleh penterjemah-penterjemah yang  berkelayakan dan diterima sebagai keterangan yang menyakinkan dimahkamah. Mahkamah ini juga tidak menemui sebarang peruntukan yang membolehkan nama-nama penterjemah ini tidak boleh di kemukakan dimahkamah ini atas alasan kononnya soal keselamatan.

(iii) Saksi ini seterusnya menyatakan bahawa beliau telah mengambil gambar-gambar setiap buku-buku tersebut dibahagian depan dan belakang termasuk indeks mukasurat Bab-bab yang terkandung. Namun di sepanjang perbicaraan berjalan, Timbalan Pendakwa Raya tidak mengemukakan gambar-gambar bukubuku yang di rakam oleh saksi ini. Tanpa melihat kepada gambar-gambar tersebut dan dibandingkan dengan buku-buku yang di rampas termasuk yang terkandung didalam Data Base, mahkamah ini tidak mengetahui samada buku-buku tersebut sebenarnya dikaji oleh saksi (SP9).

25. Dalam merumuskan keterangan saksi (SP9) dan keengganan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan buitiran-butiran lanjut mengenai kandungan Data Base serta kegagalan Timbalan Pendakwa Raya membawa pihak-pihak berkaitan dalam lawatan ke Data Base Universiti Nanyang, mahkamah ini tidak mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan peruntukan Seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan yang mana pengemukaan perkara ini ke mahkamah semestinya menjejaskan kes pendakwaan. Justeru itu, mahkamah ini mempersoalkan kesahihan keterangan-keterangan dan analisaanalisa yang di lakukan oleh saksi (SP9). Perlulah di ambil kira oleh semua pihak-pihak yang terlibat bahawa mahkamah ini tidak mempertikaikan kepakaran saksi (SP9) dalam mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan pengganas, tetapi dalam kes ini terutamanya butiran-butiran yang terdapat dalam Data Base yang dipersoalkan oleh pihak peguam, malahan turut menimbulkan tanda tanya kepada mahkamah ini, kegagalan Timbalan Pendakwa Raya untuk menjelaskan perkara-perkara yang tersebut diatas, mahkamah ini tiada mempunyai pilihan lain melainkan menolak keterangan saksi (SP9) mengenai kandungan yang terdapat dalam buku-buku tersebut dan laporan (P45).

Dalam kes Kobra Taba Seidali v PP (2014) 2 CLJ 12, Mahkamah mengatakan :
“………..if the witness could not be produced by the prosecution, it would be appropriate for the prosecution to handover the section 112 statement recorded from the witness to whittle down any complaint by the defence to invoke section 114 (g) of the Evidence Act 1950 as in instant case.The failure of the prosecution to produce Maryam as a witness or hand over a copy of the witness statement to the defence to be used if it was favaourable as part of the defence exhibit at the defence stage was fatal...”

26. Demi menyelamatkan isu ini, Timbalan Pendakwa Raya telah memanggil saksi, Uztaz Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin (SP10). Saksi ini merupakan Pengerusi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman luas dalam soal-soal yang membabitkan pengganas. Saksi ini mengesahkan bahawa beliau telah menerima 12 buah buku daripada pegawai penyiasat dan telah menandatangani Dokumen Akuan Terima Barang Kes (P46). Saksi ini mengambil masa seminggu untuk menganalisa buku-buku tersebut dan kemudiannya telah mengembalikan semula buku-buku tersebut kepada pegawai penyiasat kes. Semasa memberikan keterangan dimahkamah, saksi ini turut mengemukakan laporan analisa yang dibuat (P52 (1) hingga 12)). Apa yang menarik dalam keterangan saksi ini turut menandakan bahagian-bahagian yang relevan dalam mencapai keputusan yang dibuatnya. Saksi ini turut mengemukakan alasan-alasan yang munasabah bagi mencapai keputusan analisa yang dibuat itu. Saksi ini menegaskan bahawa buku-buku tersebut mempunyai kaitannya dengan Gerakan AlQaeda, ISIS, Daesh dan Jemaah Islamiah.

27. Kesimpulan daripada keterangan saksi (SP10), mahkamah ini berpuashati bahawa 12 buah buku-buku yang dirampas dan dianalisa oleh saksi ini dan berdasarkan kepada petikan-petikan yang ditunjukkan oleh saksi ini serta disahkan melalui Laporan Analisa (P52(1) hingga (12)), buku-buku tersebut sememangnya mempunyai kaitannya dengan kumpulan-kumpulan pengganas, Gerakan Al-Qaeda, ISIS, Daesh dan Jemaah Islamiah.

ISU KETIGA
Pemilikan buku-buku ??
Siapa memiliki Buku-buku tersebut??
Adakah buku-buku tersebut kepunyaan OKT??
Pemilikan: Kawalan dan Jagaan terhadap BUKU-BUKU DAN ITEMS

28. Adalah menjadi teras undang-undang bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen perundangan ini sebelum OKT dipanggil untuk membela diri. Didalam kes-kes SOSMA seperti ini, catatan pemilikan tidak ditakrifkan maknanya, tetapi Mahkamah ini mengambil pendekatan bahawa unsur-unsur pembuktian mengenai pemilikan 12 buah buku-buku seperti dalam kes ini adalah bersamaan juga pembuktian kes pemilikan dadah-dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1952. Sesungguhnya mahkamah ini berpendapat bahawa konsep pemilikan (possession), kawalan dan jagaan (custody and control) menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan adalah bersamaan dengan peruntukan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952. Cuma yang sedikit berbeza adalah dalam kes-kes dadah, isu mengenai pengetahuan dan berat timbangan dadah, pihak pendakwaan boleh menggunakan Anggapan Statutori menurut Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya, 1952 bagi memutuskan samada kes tersebut merupakan suatu kes pengedaran dadah ataupun hanya suatu kes pemilikan dadah berbahaya. Bagi maksud ini, mahkamah ini ingin merujuk kepada kes: Toh Ah Loh & Mak Thim v Rex (1948) 1 MLRH 143; (1949) 15 MLJ 54 (CA) dan kes: Saad Ibrahim v. Public Prosecutor (1967) 1 MLRH 198; (1968) 1 MLJ 158 dan diulang kuatkuasa dalam kes: PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (2005) 2 MLRA 590; (2005) 6 MLJ 393; (2006) 1 CLJ 457 at 469; (2005) 6 AMR 203 (FC), Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa:

“Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristic.The possessor must know the nature of the thing possessedmust have in him power of disposal over the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea without which (except by statute) possession cannot be
criminal…………..”

29. Dalam kes: Chan Pean Leon v PP (1956) 1 MLRH 44; (1956) 1 MLJ 237; (1956) 22 MLJ 237,Mahkamah telah memutuskan:

Possesion” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen
s Digest (91t Edn., p. 304):

“A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.”

To put it otherwise, there is physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The acused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possiendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.

If a watch is my pocket then in the absence of anthing else the inference will be clear that I intend to deal with is as if it were my own and accordingly I am in possession of it. I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing of having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in abox under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule ont the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are so no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.

Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose was pointed out byGording-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Loh and Mak Thim v. Rex (1948) 1 MLRH 143; (1949) 1 MLJ 54; (1948] MLJ 54, supra, it is necessary to prove that the person in possessed. (page 239). “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea, without which (except by statue) possession cannot be criminal.”

30. Dalam kes: PP V Badrulsham bin Baharom (1987) 2 MLRH 541; (1988) 2 MLJ 585, Lim Beng Choon J memutuskan;-

“...I believe it is well settled at least by our Courts that to establish possession by an accused person of any dangerous drugs or to impute to him possession of the said drugs it mus be first to shown that he hadknowledge of the drugs which were found to be in his possession. The earliest authority, which I could find, that expounded this principle is the case ofChiah Tian V Rex(1937) 1 MLRH 455; (1937) 1 MLJ 105; (1937) 6 MLJ the then Chief Justice of Singapore said at P106:

“In my opinion, possession to be an offence must be possession under such circumstances that a court it justified in finding the accused (or the servant in cases of constructive possession). As Pollock C.B. put it The Queen V Wooddrow 16 L.J.M.C 122,
 a man can hardly be said to be in possession of anything without knowing it’and I think that a person is not guilty of an offence possession if he is not aware of the possession”


31. Dalam kes: Fun Seong Cheng V PP (1997) 3 SLR 523, Mahkamah Rayuan Singapore :-
“...Clearly in order to prove that the appellant was in possession, he must have physical control over the drugs. It is a matter of fact whether someone had physical control over an item.. ..Physical control is not enough for the purpose of proving possession. There needs to bemens rea on the part of the accused.

32. Dalam kes: PP v Muhammad Nasir bin Shaharuddin & Anor (1992) 2 MLRH 390; (1994) 2 MLJ 576; (1992) 3 CLJ 408, Visu Sinnadurai J memutuskan berkaitan dengan “possession”seperti berikut:-

“Possession is not defined in the DDA. However it is now firmly established that to constitute possession, it is necessary to establish that; (a) the person hadknowledge of the drugs; and (b) that the person had some form of control or custody of the drugs.

33. Dalam kes: Leow Nghee v. Reg (1955) 1 MLRH 614; (1956) 1 MLJ 28, 29; (1956) 22 MLJ 28,29, Taylor J menyatakan:

There is no presumption of custody……..Unless custody was established, the chain of reasoning is broken. Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and the power of control over them, not amounting to possession. The prosecution must therefore prove that the appellant and his wife had custody or control of the drugs. To do this, the presecution must establish a common intention between the appellant and his wife. The case against the appellant cannot succeed unless there is evidence of such common intention or evidence from which such common intention can properly be
inferred.

34. Dalam kes: PP v Chia Leong Foo [2000] 1 MLRH 764; (2000) 6MLJ 705; (2000) 4 CLJ 649, Augustine Paul J. (pada masa itu)memutuskan :-

“It must be observed that most of the acts that constitute as defined in S.@ of the Act like, for example, keeping, concealing, storing, transporting, and carrying dangerous
drugs involve the prerequisite element of possession.....It follows that a person cannot keep, conceal, store, transport, or carry dangerous drugs within the meaning of trafficking in the Act without being in the possession of them”.

35. Dalam kes: PP v Hairul Din bin Zainal Abidin (2001) 2 MLRH 710;(2001) 6 MLJ 146; (2001) 6 CLJ 480; 2002 AMR 2515, AugustinePaul J. (pada masa itu) memutuskan ;-
“I agree with learned councel that the acts that constitute trafficking as enumerated in S.2 of the Act refer to some overt act that goes beyond mere passive
possession
.....Thus in order for any act to come within the definition in S.2 of the Act it must be limited to the context of the scope of the acts enumerated in the definition section, that is to say, it must relate to an overt act which goes passive possession”.

36. Lord Diplock dalam kes: Ong Ah Chuan v PP (1980) 1 MLRA 283; (1981) 1 MLJ 64, dalam keputusan Privy Council telah member penerangan definisi pengedaran (trafficking) di bawah Misuse ofDrugs Act 1973 of Singapore :-

“ To `traffic in a controlled drug so as to constitute theoffence of trafficking under S.3 involves something morethan passive possession or self-administration of the drug; it involves doing or offering to do an overt act of one or other of the kinds specified in paragraph (a) ot the definition of `traffic and `trafficking in S.2.....This concept, involving transfer of possession, is reflected in the statutory definition itself.....All of these other verbs refer to various ways in which a supplier or distributor, who has drugs in his possession, may transfer possession of them to some other person.”

37. Bagi membuktikan isu ini, Timbalan Pendakwa Raya telah memanggil saksi pegawai serbuan, Insp. Shafinah (SP1). Saksi ini mengesahkan bahawa kesemua 12 buah buku-buku tersebut ditemui didalam bilek tempat OKT tidur. Buku-buku tersebut berserta dengan lain-lain barang rampasan telah dibawa balik ke IPD Dungun dan seterusnya ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Saksi ini mengakui bahawa rumah tersebut tiada mempunyai pintu dan hanya ditutup dengan kain langsir. Semasa disoal balas peguam, saksi ini mengakui bahawa rumah tersebut adalah luas dan boleh diakses kepada sesiapa sahaja yang bertandang ataupun mendiami rumah tersebut. Diakui oleh pegawai ini, bahawa buku-buku tersebut tiada mempunyai sebarang nama dan tiada pengesahan catitan tangan dibuku tersebut kepunyaan siapa. Buku-buku tersebut tidak disorok dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Lanjutan daripada ini,Timbalan Pendakwa Raya memanggil Puan Saadiah binti Ibrahim(SP5) iaitu ibu kepada OKT. Dalam keterangan saksi ini, beliau mengesahkan bahawa rumah itu turut didiami oleh anak-anaknya yang bernama Ahmad Anuari bin Attam, Ahmad Faruqi Amri bin Attam, Ahmad Amir Farhan bin Attam dan Ahmad Abu Muhaimi bin Attam. Selanjutnya saksi ini menyatakan bahawa dalam kebanyakan masa, anaknya Ahmad Anuari tinggal dirumah tersebut, manakala yang lainnya, Ahmad Faruqi bekerja dan tinggal di Senawang,anaknya Ahmad Amir Farhan bekerja sebagai Juruteknik dan tinggal di Kelang sementara Ahmad Abu Muhaimi belajar di IAB Kuantan. Saksi ini mengesahkan juga bahawa sesiapa sahaja mempunyai akses kepada rumah dan bilek tersebut dan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah sembahyang. Buku-buku yang terdapat didalam bilek tersebut bukan sahaja untuk OKT malah boleh digunakan oleh adik beradik yang lain.

Pemeriksaan Utama
Q: Boleh beritahu siapa yang tinggal dirumah tersebut?
A: Anak saya yang kedua, Ahmad Anuari tinggal dirumah.Yang lain tidak tinggal disitu kerana belajar dan bekerja.Yang bekerja adalah Ahmad Faruqi dan Amir Farhan
Q: Anak-anak yang lain, Anuari duduk dimana?
A: Dia duduk dibahagian luar dan bekerja di Paka
Q: Ahmad Muhaimi macamana?
A: Dia balik masa cuti

Q: Rujuk (P6)
A: Ini gambar-gambar rumah saya. Gambar No. (19) dalam bilek OKT. Gambar (20) juga dalam bilek OKT. Gambar(21), (22), (23) dan (24). Laptop milek adik OKT yang bernama Ahmad Amir Farhan

Pemeriksaan Balas

Q: Rujuk gambar (P6) gambar 8?
A: Buku-buku itu semuanya kepunyaaan anak-anak saya yang belajar
Q: gambar No. 11 dan buku milek siapa?
A: Milek Ahmad Muhaimin punya
Q: Dalam bilek OKT ada banyak buku-buku. Bukan buku OKT seorang sahaja yang ada dalam bilek itu?
A: Ya
Q: Bilek OKT tiada pintu. Siapa yang boleh masuk?
A: Semua orang boleh masuk. Dan tetamu juga boleh masuk untuk sembahyang
Q: Rumah itu hanya ada satu bilek saja dan barang-barang simpan dimana?
A: Dalam bilek ini juga boleh simpan barang-barang

38. Meneliti kepada keterangan saksi (SP5), adalah didapati buku-buku yang didapati didalam bilek tersebut juga kepunyaan anak-anak (SP5) yang masih belajar iaitu Ahmad Abu Muhaimi yang juga terdapat sebuah computer mileknya dalam bilek tersebut. Dalam bilek itu juga terdapat buku-buku milek adik beradik OKT tetapi tidak dinamakan kepunyaan siapa. Dalam keadaan lain juga bilek tersebut boleh digunakan oleh tetamu-tetamu yang ingin menunaikan ibadah sembahyang. Saksi ini memberikan keterangan yang sama dengan keterangan pegawai serbuan (SP1) bahawa buku-buku tersebut ditemui tidak dalam keadaan tersorok dan boleh dilihat oleh mana-mana orang yang memasuki bilek tersebut. Adalah menjadi pandangan kepada mahkamah ini bahawa rumah tersebut termasuk bilek tempat kejadian ini merupakan suatu tempat yang bebas dan boleh diakses oleh pihak-pihak yang lain. Pada hemat mahkamah ini, sekurangkurangnya penama Ahmad Anuari yang sering tinggal dirumah tersebut, Ahmad Abu Muhaimi yang masih belajar dan juga berkemungkiknan menyimpan buku-bukunya didalam bilek tersebut dan mempunyai computer mileknya yang terdapat dalam bilek tersebut termasuk bapa OKT Attam bin Jusoh mempunyai akses dan juga kemungkinan kepada buku-buku yang terdapat dalam bilek tersebut. Walaubagaimanapun penama-penama ini dan lain-lain penghuni didalam rumah tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan dimahakamah ini samada untuk mengesahkan buku-buku tersebut ataupun sekadar menafikan bukubuku tersebut adalah kepunyaan mereka. Apalah ertinya isu ini dibiarkan terbuka sahaja oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya tanpa ditutup rapi oleh pihak pendakwaan. Dalam hal yang sedemikian,timbul suatu jurang yang besar dan keraguan tentang Siapakah yang sebenarnya memiliki buku-buku tersebut???

39. Apa yang lebih menarik, didalam keterangan saksi (SP10) mengesahkan bahawa 12 buku-buku tersebut masih tidak lagi diharamkan penerbitannya. Sekiranya buku-buku tersebut mempunyai kaitan ataupun mengandungi unsur-unsur pengganas,mengapakah pihak Kementerian Dalam Negeri sebagai agensi yang berkaitan dalam perihal ini tidak mengharamkan sahaja buku-buku tersebut untuk pembacaan mahupun pemilikan umumApalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan keatas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal pihak Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut.Tanpa tindakan tegas pihak Kementerian Dalam Negeri untuk membendung gejala ini, buku-buku tersebut masih lagi berleluasa dipasaran dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja samada untuk pembacaan umum ataupun sebab sebab yang lain. Pada fikiran mahkamah ini kegagalan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku-buku tersebut tidak sealiran dan tidak konsisten dengan menjadi pemilikan bukubuku tersebut suatu kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

40. Dalam keadaan yang sangat terdesak, Timbalan Pendakwa Raya telah cuba untuk mendapatkan keterangan (SP1– pegawai serbuan/tangkap) tentang pengakuan OKT bahawa barang-barang dalam bilek tersebut adalah mileknya. DPP berhujah bahawa Mahkamah ini perlulah membuat suatu “Revisit Ruling” dan menghujahkan mengenai peruntukan Seksyen 18A Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012). Seksyen 18 SOSMA 2012 telah memperuntukan bahawa:

Statement by accused
18A Any statement by an accused whether orally or in writing to any person at any time shall be admissible in evidence

Timbalan Pendakwa Raya juga menghujahkan bahawa peruntukan spesifik di bawah SOSMA 2012 ini telah mengatasi mana-mana undang-undang am yang lain termasuk Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah. Dalam hal ini Seksyen 17 SOSMA 2012 memperuntukan:

Inconsistency with the Evidence Act 1950
17. 
This Part shall have effect notwithstanding anything incocsistent with the Evidence Act 1950 (Act 56)

Selanjutnya Timbalan Pendakwa Raya juga menghujahkan bahawa memandangkan perbicaraan ini dijalankan menurut SOSMA 2012 dan siasatan juga menurut SOSMA 2012, oleh yang demikian keterangan yang dikemukakan menggunakan prosedur SOSMA 2012 hendaklah diterima oleh Mahkamah ini.

Menurut hemat mahkamah ini, peruntukan diatas mengecualikan aspek prosedural dibawah Akta Keterangan mahupun Kanun Prosedur Jenayah bagi maksud apa-apa jua perbuatan ataupun pernyataan OKT samada secara lisan ataupun bertulis yang boleh diterima sebagai keterangan dimahkamah. Dalam hal ini, tiada satupun dokumen ataupun suratan bertulis yang dibuat oleh saksi (SP1). Adalah didapati bahawa (SP1) merupakan satu-satunya saksi pendakwaan yang dikatakan mendengar pengakuan OKT bahawa bukubuku tersebut adalah mileknya. Saksi (SP6) hanyalah mengulangi akan apa yang dikatakan oleh saksi (SP1)kepadanya. Dalam hal ini juga, mahkamah ini tidak mendapati apa-apa dokumen ataupun report polis yang boleh mengesahkan pernyataan lisan yang dikatakan dibuat oleh OKT. Pada hemat mahkamah ini, sekiranya benar keterangan saksi (SP1) bahawa OKT ada memberitahunya tentang pemilikan buku-buku tersebut dan keterangan ini sangat relevan dan penting, mengapakah tiada satu pun dokumen ataupun catatan report polis dibuat kearah perkara ini. Apakah kewajaran keterangan hanya seorang pegawai polis sahaja yang melaksanakan tangkapan tersebut menyatakan sedemikian tanpa satupun dokumen-dokumen atau saksi-saksi lain yang berada pada masa itu untuk tampil menyatakan sedemikian dan mendengar pengakuan tersebut.

Pada hemat mahkamah ini, apalah ertinya Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan pengakuan OKT tentang buku-buku tersebut tanpa pembuktian sebenar menurut undang-undang mengenai pemilikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan OKT. Diatas alasan-alasan ini, sungguhpun mahkamah ini akur dengan peruntukan Seksyen 17 dan 18 SOSMA Act, tetapi dengan ketiadaan sebarang catitan dan hanya timbul disaatsaat yang akhir keterangan (SP1), mahkamah ini tidak membenarkan Timbalan Pendakwa Raya meneruskan apa-apa jua persoalan mengenai isu ini.

Sungguhpun dikatakan mahkamah ini khilaf mengenai peruntukan Seksyen 17 dan 18 SOSMA Act 2012 apabila tidak membenarkan Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan soalan kepada saksi (SP1), tetapi mahkamah ini melihat dari sudut yang lain bahawa sekiranya benar pengakuan ini diucapkan oleh OKT kepada saksi (SP1) bahawa hanya barang-barang OKT sahaja yang berada didalam bilek tempat kejadian kerana OKT merupakan satu-satunya anak perempuan, adakah ianya juga merujuk kepada buku-buku yang dirampas oleh pihak polis??Mahkamah ini berpendapat bahawa sungguhpun boleh diterima jika barang-barang tersebut termasuk buku-buku, tetapi ianya tidak mencukupi untuk membuktikan elemen pemilikan, kawalan dan jagaan semata-mata bersandarkan kepada pengakuan OKT, jika ada pun. Apatah lagi rumah itu adalah kawasan yang bebas dan accessible kepada pihak-pihak yang lain. Jsteru itu mahkamah ini menolak keterangan ini dikemukakan dimahkamah ini. Walaubagaimanapun, rangan pembuktian pihak pendakwaan, mahkamah ini mendapati bahawa hanya dengan pengakuan OKT sahaja tanpa keteranganketerangan lain, mengenai pemilikan buku-buku tersebut, ianya tidak dapat menyakinkan mahkamah ini untuk membuktikan elemen pemilikan dan seterusnya memanggil OKT untuk membela diri apatah lagi mensabitkan kesalahan terhadap OKT menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

41. Dalam keadaan-keadaan yang lain, adalah didapati pada masa serbuan dibuat dan ditemukan dengan buku-buku yang dirampas,adalah didapati kesemua buku-buku tersebut dalam keadaan yang jelas dilihat oleh mana-mana pihak. Semasa OKT ditangkap oleh
pegawai serbuan, tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan OKT takut dan cuba untuk melarikan dirinya. OKT dengan rela hati membiarkan dirinya ditahan oleh pihak polis. Pada pandangan mahkamah ini, tata kelakuan OKT pada masa ditangkap adalah konsisten dengan sikap ketidakbersalahannya dan tidak mengetahui keujudan buku-buku tersebut mahupun mengetahui buku-buku tersebut mempunyai kaitannya dengan unsur-unsur kumpulan pengganas. Dalam kes: Public Prosecutor v. TanTatt Eek & Ors (2005) 1 MLRA 58, (2005) 2 MLJ 685 (FC) mahkamah memutuskan bahawa:

“…………..Conduct of accused reflect several inferencesand inferences favourable to OKT should bedrawn………..

Dalam kes: Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP (1993) 1 MLRA 416,(1993) 3 MLJ 1, (1993) 4 CLJ 1 (SC), yang diambil kira dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 at 474, Mahkamah menyatakan bahawa:

“………….Conduct of accused reflect several inferences and inferences favourable to OKT should be drawn………..…….not by itself proof of a guilty mind………”.

42. Dalam situasi ini, adalah menjadi pendapat mahkamah ini bahawa rumah tersebut termasuk juga bilek dimana terdapat 12 buah bukubuku tersebut merupakan tempat yang bebas dan oleh diakses oleh sesiapa sahaja yang berada didalam rumah tersebut. Apatah lagi suatu computer kepunyaan adik OKT jelas menunjukkan bilek tersebut senang dan boleh diakses oleh mana-mana orang. Justeru menjadi tugas dan kewajiban pihak pendakwaan untuk membuktikan
bahawa 12 buah buku-buku tersebut kepunyaan OKT ataupun orang lain ataupun mengecualikan orang lain yang mempunyai akses kepada buku-buku tersebut. Sekiranya ujud dua inferensi yang berbeza, maka inferensi yang terbaik perlulah dibuat kepada OKT.

Dalam kes: Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP(1993) 3 MLJ 1(SC),mahkamah menyatakan:

“………….the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility………”

43. Begitu juga dalam kes: Tan Chai Keh v. Public Prosecutor,(1948)1 MLRA 241 (1948-49) 2 MLJ 5, mahkamah menegaskan bahawa:

“……where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted…….”

44. Persoalan-persoalan ini sepatutnya disiasat oleh pihak polis, tetapi ternyata gagal dijawab oleh pihak pendakwaan. Dalam kes: Pang Chee Meng v PP(1991) 1 MLRA 608; (1992) 1 MLJ 137;(1992) 1 CLJ 265,
“………the Supreme Court found that the trial court was manifestly wrong to have concluded that the appellant had exclusive possession when there was three others sharing accommodation with the appellant in which the drugs were found……………

45. Dalam kes: Saludin bin Surif v PP (1997) 1 MLRA 348; (1997) 3 MLJ 317; (1997) 3 CLJ 529; (1997) 3 AMR 2867, Shaik Daud Ismail JCAmemutuskan seperti berikut:

“……….that the appellant had failed to prove beyond any reasonable doubt that the appellant had exclusive possession of the cannabis found in the room in questiongiven the fact the others, too, had acces to the room in question…………”

46. Begitu juga dalam kes: Lee Chee Meng v PP (1992) 1 MLRA 209; (1992) 1 MLJ 322; (1992) 1 CLJ 168, salah satu isu yang diperdebatkan adalah pihak perayu tiada mempunyai pemilikan dan
penggunaan yang esklusif terhadap bilek tersebut dimana dadahdadah ditemui……

“……………..The Supreme Court in setting aside the conviction found that a reasonable doubt existed as to the exclusive use of the said room by the appellant, given the fact that there was doubt that the room cound be locked and the others could have access to his room in question………….”
47. Dalam kes: Gooi Loo Seng v PP (1993) 1 MLRA 227; (1993) 2 MLJ 137; (1993) 3 CLJ 1; (1993) 2 AMR 1135,
“………..the appellants defence was that he had no exclusive use of the room in which the drugs were found as his girlfriend and her friends too had acess to the room .In acquitting the appellant, the Supreme court, after viewing, the whole of the advidence from all angles, held that this was a case in which the proverbial cap might have fitted not just the head of the appellant but that of others as well as they could have access to the room………..”.

48. Pihak pendakwaan gagal untuk menjelaskan kesenjangan yang berlaku dalam siasatan polis. Justeru itu, untuk mahkamah ini mendapati bahawa buku-buku tersebut berkemungkinan milik orang lain selain dari OKT tidak boleh diketepikan (cannot be ruled out).

ISU KEEMPAT
Tempat kejadian…..tiada bukti atau dokumen bahawa tempat kejadian itu adalah seperti didalam kertas pertuduhan

49. Didalam Kertas Pertuduhan, adalah didapati bahawa kejadian yang berlaku dikatakan beralamat di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu.Sungguhpun isu ini dianggap remeh oleh pihak-pihak, tetapi pada pihak mahkamah ini, tiada terdapat satupun dokumen-dokumen mahupun keterangan-keterangan oleh mana-mana saksi pendakwaan yang menjurus kepada kejadian ini berlaku seperti dialamat dalam Kertas Pertuduhan.Sekinya benar kejadian ini seperti dialamat tersebut, sekurang-kurangnya apa-apa jua bil letrik
ataupun bil air ataupun mana-mana dokumen lain seperti Geran dikemukakan dimahkamah bagi menentusahkan kejadian dialamat tersebut. Samada rumah seperti didalam gambar-gambar (P6) merupakan rumah kedua-dua ibubapa OKT tiada diketahui. Samada mereka menumpang rumah sesiapa juga tidak diketahui. Mahkamah ini tidak boleh mengambil kira dengan menganggap bahawa kejadian tersebut berlaku seperti dalam kertas pertuduhan.
Justeru itu, mahkamah ini berada didalam kekaburan samada kejadian tersebut berlaku di alamat seperti dalam Kertas Pertuduhan.

Kegagalan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengakaskan isu ini pada mahkamah ini akan semestinya melebarkan keraguan yang timbul dalam kes pendakwaan.

Keputusan Akhir Mahkamah
50. Dipenghujung kes pendakwaan, mahkamah ini mendapati bahawa Kes pendakwaan telah dipatahkan dengan sendirinya melalui keterangan saksi pihak pendakwaan (SP5) jelas menafikan kes pendakwaan terhadap penglibatan OKT dalam memiliki 12 buah buku-buku yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. Dalam kes: PP v. Mohamed Noor bin Jantan [1979] 1 MLRA 375; (1979) 2 MLJ 289

“It is well settled…….the burden is placed on an accused person to prove anything…….the burden is only a slight one and this burden can be discharged by the evidence of a witnesses for the prosecution as well as witnesses for the defence.

51. Dalam kes: Public Prosecutor v. Saimin & Ors, (1971) 1 MLRH 1 MRLH 91; (1971) 2 MLJ 16-17Mahkamah ini menegaskan bahawa:

“……….a conviction cannot be sustained even if the court is satisfied that the prosecution story “may be” true unless and until it is found that the prosecution story “must be true”………….the falsity of the defence does not relieve the prosecution from proving the prosecution case beyond reasonable doubt………”

52. Dalam mengingati dan mempertimbangkan fakta-fakta dalam kes pendakwaan, mahkamah ini mengingati diri sendiri kepada prinsipprinsip yang disenaraikan dahulu dalam kes: Krishnan Murthy v. Pendakwa Raya (1986) 1 MLRA 239; (1987) 1 MLJ 292 AT 295-296; (1987) CLJ (Rep) 145 (SC)
“……….it is one of the most basic rule of justice that however heineous a crime person is accused of, whatever the rank of the person who testifies against him,he can only be convicted on evidence produced according to the stringent requirement of law………………but it does not mean that a person accused of the most serious crime to equal protectionbefore the law……..is that his guilt must be proved in accordance with or in a manner required by law. Anything less will be not enough……….”

53. Dalam menilai beberapa isu-isu diatas, mahkamah ini telah merujuk kepada kes: Choo Chang Teik & Anor V. PP (1991) 1 MLRA 280; (1991) 3 MLJ 423; (1991) 1 CLJ 54

“……….although it is unfortunate that a guilty party cannot be brought to justice, it is more important that there should not be a miscarriage of justice and the law should be maintained that the prosecution shouldprove its case…………..”

54. Justeru itu, mahkamah ini mendapati akibat daripada kelonggaran -kelonggaran dalam membuktikan pertuduhan dan percanggahanpercanggahan yang ujud diantara keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan
suatu kes Prima facie terhadap OKT. Justeru itu mahkamah ini melepaskan dan membebaskan OKT diatas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan kadar serta merta.

Mahkamah ini merasakan adalah adil, wajar dan saksama setelah mempertimbangkan segala sudut prinsip undang-undang yang berkaitan dan alasan-alasan yang telah dinyatakan diatas.
Mahkamah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada DPP dan pihak-pihak terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam melupuskan kes ini.

Dated 29 September 2016,
(DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH)
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Jenayah (4)
Kuala Lumpur.
Counsel:
Bagi Pihak Pendakwa Raya : Tuam Mohamad Mustaffa bin P Kunyalam TimbalanPendakwa Raya Putrajaya

Bagi Pihak Orang Kena Tuduh : En. Kamaruzzaman bin Abdul Wahab dan En. Zukri bin Jusoh.

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...