Sunday, January 15, 2017

The Red Warriors Sdn. Bhd

Carian SSM sahkan Annuar Musa pemilik The Red Warriors Sdn Bhd


DALAM satu kiriman di halaman facebook miliknya, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa The Red Warrior, TRW bukan miliknya, namun carian di SSM menunjukkan perkara sebaliknya, sekaligus membuktikan bahawa beliau berbohong.


Hasil carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM menunjukkan bahawa The Red Warriors Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran 932459-X tertera nama Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang Pengarah (directors).


Selain itu, beliau merupakan penama pertama dalam syarikat tersebut, yang namanya didaftarkan pada tarikh 13 Febuari 2011, enam tahun yang lalu yang turut merupakan pemegang 'share'.


Nama The Red Warriors Sdn Bhd mula menjadi bualan selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dokumen-dokumen yang tertera nama syarikat itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan.

TMJ mendakwa dana dari MARA dan UniKL disalahguna untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan.


Justeru orang ramai mula tertanya-tanya siapakah sebenarnya pemilik The Red Warriors Sdn Bhd, TRW menyebabkan carian terhadap maklumat syarikat itu dibuat di SSM, sekaligus mendedahkan nama-nama pemiliknya.

Jadi di sini nampaknya jelas berlaku 'conflict of interest' dalam penajaan The Red Warriors. 

Mana tidaknya, Tan Sri Annuar Musa adalah Pengerusi MARA, UniKL merupakan milik penuh MARA, dalam masa yang sama beliau juga adalah presiden KAFA, dan terbaru didedahkan sebagai salah seorang pemilik The Red Warriors Sdn Bhd.

Oleh itu memang selayaknya satu siasatan dibuat terhadap beliau.


Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/carian-ssm-sahkan-annuar-musa-pemilik.html#ixzz4VlGqUdhX

No comments:

Agong rejected IGP Khalid's extension

TODAY ALLAH HAS ANSWERED MALAYSIANS' PRAYERS.  HAPPY TO NOTE THAT IGP KHALID CAN LOOK FORWARD TO SETTING UP A NEW BUSINESS OF SELLI...