Tuesday, May 19, 2015

DAP big supporter to oust Khalid now full of regrets

DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap

 | May 19, 2015
Pentadbiran Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali lembap (perlahan) jika dibandingkan Khalid dari segi mendapat maklum balas hal ehwal pentadbiran negeri.
lau-weng-san-khalid-ibrahim
PETALING JAYA: DAP mengakui pentadbiran Selangor di bawah mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lau Weng San berkata, di bawah Khalid, setiap jawapan yang diajukan oleh wakil rakyat akan dibalas dengan cepat dan lengkap.
Beliau berkata, pentadbiran Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali lembap (perlahan) jika dibandingkan Khalid dari segi mendapat maklum balas hal ehwal pentadbiran negeri.
“Dulu zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, jawapan yang diberikan secara lengkap.
“Jadi kita harap kerajaan negeri hari ini boleh kemukakan jawapan sama secara spesifik dan tidak terlalu lembap,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Weng San menyuarakan tidak puas hati terhadap pentadbiran Azmin apabila menunggu lebih sebulan untuk mendapat jawapan.
Dia bertanyakan mengenai gaji, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk kakitangan atasan di syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor.
Dia berkata, surat diterima pada 3 April lalu memaklumkan pertanyaan itu tidak boleh didedahkan kerana tertakluk mengikut Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010 (Akta 709).
ADUN Kinrara, Ng Sze Han berkata, Azmin juga gagal memberikan jawapan berkaitan soalan jumlah bayaran gaji Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).
“Jawapan diterima menyebut gaji dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu,” katanya.

1 comment:

flyer168 said...

"DAP big supporter to oust Khalid now full of regrets"

Dian,

I have lived in Bukit Tunku for over 40 years.

This statement is definitely not correct.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lau Weng San"

It should have read...

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KAMPUNG Tunku, Lau Weng San"

PUSAT KHIDMAT ADUN KAMPUNG TUNKU
NO. 24, JALAN 20/9, TAMAN PARAMOUNT, 46300 PETALING JAYA.
TEL: +6-03-79544724, FAX: +6-03-79688017,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)

http://wengsan.blogspot.com/

Cheers.

Malaysia most disgrace Pariah banging his penis for an erection

TODAY UMNO HAS PROVEN ITSELF AS A PARIAH PARTY WITH A PARIAH LEADER.