Saturday, November 8, 2014

Why deprive Selangorian from free education when we have RM3.2 billion cash reserve?

Mohamed Azmin Ali @AzminAli 6h6 hours ago
Mulai 2015, Selangor akan memperuntukkn RM10 juta/thn utk Tabung Biasiswa Pelajaran utk pelajar UNISEL drpd keluarga berpendapatan rendah.
(Tweet Azmin Ali sebentar tadi)
Saya masih tidak faham kenapa UNISEL tidak boleh dijadikan Institusi Pendidikan Percuma. Saya pernah bertanya sendiri kepada Anwar Ibrahim pada tahun 2012. 4 hari lepas, saya tanya semula kepada Nik Nazdmi, iaitu EXCO Pendidikan Selangor yang baru.
Jawapan mereka berdua adalah sama. Iaitu mengatakan bahawa Kerajaan Neg tertakluk kepada polisi Kerajaan Persekutuan.
Maaf, saya langsung tidak boleh menerima alasan-alasan sebegini. Kerana, walaupun UNISEL tertakluk kepada polisi atau apa-apa Akta yang tidak membenarkan Pendidikan Percuma dilaksanakan, tetapi saya amat yakin bahawa pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk merealisikan pendidikan percuma atau mensubsidikan yuran pengajian di UNISEL. Saya yakin, ada berbagai cara boleh dilakukan. Kalau AUKU boleh diberi pengecualian di UNISEL, kenapa tidak yuran pendidikan. Kalau, kontrak Jana Niaga boleh dimansuhkan atau dibatalkan,kenapa tidak yuran pengajian.
Buku Jingga menjanjikan Pendidikan Percuma untuk semua. Tetapi, 6 tahun sudah Selangor ditadbir oleh Kerajaan PR. Saya tidak nampak langsung ada niat Kej Selangor mengurangkan yuran pendidikan. Malah, sehingga hari ini, jika ada student yang dimampu membayar jumlah minima yang diminta oleh Unit Kewangan UNISEL, maka anda tidak boleh menduduki peperiksaan.
Mereka bangga Selangor ada 3.3bil. Bangga buat apa, kalau kamu tidak boleh melaksanakan serba-sedikit pun manifesto Buku Jingga.
Harap Azmin Ali dan Nik Nadmi melihat isu pendidikan percuma di UNISEL sekali lagi. Kalau kamu gagal membuktikan atau menunjukkan bahawa kamu mampu melaksanakan pendidikan percuma di UNISEL, maka mana mungkin kamu akan dapat tunaikan pendidikan percuma di Malaysia apabila kamu perintah besok.
KAMI TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA DI UNISEL.
Saya tahu betapa peritnya student UNISEL kerana saya bekas student UNISEL.
Mandeep Singh

No comments:

Malaysia most disgrace Pariah banging his penis for an erection

TODAY UMNO HAS PROVEN ITSELF AS A PARIAH PARTY WITH A PARIAH LEADER.