Thursday, November 20, 2014

Forever feeding the USELESS MELAYU

Syarikat gagal siapkan klia2 ikut masa dapat projek RM49.87 juta LRT Ampang 
OLEH MD IZWAN
Bina Puri Sdn Bhd, syarikat yang gagal menyiapkan klia2 mengikut tempoh ditetapkan berjaya mendapatkan tender bina infrastruktur berkaitan LRT bernilai RM49.87 juta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.
Bina Puri Sdn Bhd, syarikat yang gagal menyiapkan klia2 mengikut tempoh ditetapkan berjaya mendapatkan tender bina infrastruktur berkaitan LRT bernilai RM49.87 juta. 
Syarikat yang gagal menyiapkan projek kontroversi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam tempoh ditetapkan, Bina Puri Sdn Bhd berjaya memenangi tender bernilai RM49.87 juta bagi membangunkan infrastruktur bersebelahan tanah Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang di Stesen 01.
Projek di Bukit Jalil (Stesen Ampang ke Putra Height) itu akan dibangunkan secara bersama dengan Brilliant Corridor dan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).
Ia dijangka siap dalam tempoh 8 bulan bermula bulan ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Tee Hock Seng berkata, tender yang dimenangi daripada Brilliant Corridor tersebut merupakan pengiktirafan keatas keupayaan Bina Puri untuk menyiapkan projek itu mengikut tempoh yang ditetapkan.
"Ia penting untuk projek infrastruktur di Awan Besar ini siap tepat pada masanya ketika Stesen 01 mula beroperasi bagi meningkatkan perkhidmatan LRT oleh Prasarana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Projek yang akan dijalankan Bina Puri itu antaranya melibatkan pembinaan dan menyiapkan akses jalan baru utama, penjajaran semula jalan raya sedia ada, laluan bawah tanah, peti keselamatan kenderaan, tembok penahan, permukaan tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki berbumbung.
Ia juga melibatkan pemasangan lampu jalan, penambahbaikkan lampu isyarat, saliran dan jalan, landskap dan lain-lain.
Prasarana, yang juga pemilik aset dan pengendali Jajaran LRT Laluan Ampang, melantik Bina Puri-Tim Sekata JV sebagai kontraktor utama dan Fajarbaru Builder Sdn Bhd sebagai sub-kontraktor dalam projek penyambungan yang dicadangkan.
Bina Puri, pada Jun tahun lepas yang terlibat dalam projek kerjasama dengan UEMC (UEMC-Bina Puri) menerima perakuan tidak siap atas kegagalan mereka menyiapkan kerja bangunan utama terminal klia2.
Bina Puri yang juga kontraktor di bangunan klia2 juga dikenakan ganti rugi tertentu (LAD) sebanyak RM199,445.40 sehari akibat kegagalan tersebut.
Sehingga kini, UEMC-Bina Puri JV terpaksa membayar LAD berjumlah hampir RM100 juta sejak Jun tahun lepas. 


No comments:

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...