Monday, September 22, 2014

Selangorians going to HELL with Azmin Ali as MB

Zahid Md Arip Dedah 2 Tokoh Korporat "Tan Sri" Lobi Azmin Jadi MB
Zahid Md Arip
KUALA LUMPUR 21 Sept - Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip hari ini mendedahkan dua tokoh korporat bergelar 'Tan Sri' menjadi individu terpenting dalam memainkan peranan melobi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali agar dipilih memegang jawatan Menteri Besar Selangor Baharu.

Beliau berkata, kedua-dua tokoh korporat terkenal di Selangor ini turut dijanjikan imbuhan dan 'projek besar' dari pihak Azmin jika berjaya menggantikan jawatan yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya mendapat maklumat terbaharu berhubung dua orang tokoh korporat bumiputera bergelar 'Tan Sri' di Selangor yang bukan dari kalangan Melayu tulen dan berdarah kacukan berhempas-pulas serta bermati-matian mahu Azmin dilantik sebagai Menteri Besar baharu.

"Saya difahamkan beberapa kertas cadangan projek besar di Selangor telahpun siap.

"Selepas sahaja Azmin mengangkat sumpah (sebagai Menteri Besar), kedua-dua tokoh korporat ini akan terus menikmati peluang perniagaan yang lebih besar di negeri tersebut dan menikmati kekayaan berganda lebih dari apa yang dinikmati sekarang," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini hari ini.

Beliau yang mengakui mengenali kedua-dua tokoh berkenaan memberi amaran agar menghentikan serta-merta amalan rasuah dengan menerima sogokan demi kepentingan politik peribadi Azmin.

Zahid turut tidak teragak-agak akan mendedahkan identiti kedua-dua ahli perniagaan tersebut jika masih meneruskan agenda tidak bermoral itu.
 
Anwar Ibrahim Azmin Ali Khalid Ibrahim

"Kepada kedua-dua tokoh korporat ini, saya tahu siapa mereka. Saya dan rakan-rakan (TIBAI) sedang memerhatikan gerak-geri mereka.

"Mereka boleh berniaga. Tetapi jangan sampai terlibat dengan amalan rasuah dan penyelewengan di negeri Selangor.

"Sampai masanya saya akan dedahkan siapa mereka ini," tegasnya.

Nama Azmin mula dikaitkan bakal menjadi pemimpin pilihan bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor setelah PAS secara rasmi memilih beliau sebagai calon alternatif selain dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ia disusuli dengan pendedahan Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyelar kegilaan kuasa Azmin melobi jawatan itu dan menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR).

Chegubard turrut menyifatkan Azmin merupakan perancang utama dalam pemecatan Abdul Khalid sebagai anggota  PKR.

No comments:

Another MELAYU ONLY shop in Johore

Malays only’ policy at Japanese shop C urious: Passers-by gathering around the sign at the shop in Larkin Perdana, Johor. Compiled by T...