Wednesday, August 6, 2014

Do or die Anwar MUST GET HIS WAY

Kalau Anwar yang bersara, bukannya Khalid, banyak masalah selesai

Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr Idris Ahmad, seorang gynaecology terkenal. Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya yang lalu.  PAS dikatakan tidak ada halangan untuk menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.

Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?

Kita mesti ingat PKR Selangor di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.

Pertamanya boleh kah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini. Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan.

Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.

Jika Azmin kali ini bertindak berlainan dengan PKR dan Anwar, ramai yang tidak akan menyalahkan Azmin, kerana beliau adalah pengasas PKR bersama Wan Azizah dan telah begitu setia dengan PKR terutamanya kepada Anwar sendiri. Jika ada peluang, Azmin selama ini mengintai jawatan yang di sandang oleh Khalid itu. Lantaran jika Khalid diketepikan maka beliaulah yang sepatutnya dipertimbangkan sebagai pengganti.

Jika Azmin dipertimbangkan oleh Anwar, keluarganya (Anwar) sendiri tidak menyokong Azmin. Begitu juga PAS tidak begitu selesa dengan Azmin.  Sebelum pun PAS dapat bersuara Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah menempelak PAS dan memberitahu PAS yang PKR mempunyai moral politik yang tinggi untuk menentukan siapa Menteri Besar bagi Selangor.

Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya. Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi. Selangor kini ibarat sebuah bukit yang terlalu banyak singa dan harimaunya. Tidak dapat lagi menetukan yang mana pinggan dan yang mana piring.

Keadaan sekarang ‘tidak lemak lagi dek santan’ dan ‘tidak kuning dek kunyit lagi’. Ramai pemimpin akan kecundang, Datang mereka tidak nampak mukanya dan perginya tidak nampak belakang mereka.

Keadaan seperti ini tidak akan berlaku jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka ini. Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan ‘misadventure’ politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.

Kenyataan Anwar semasa mengumumkan isterinya menjadi calon pengganti Khalid, beliau telah memberikan jaminan yang isterinya itu mampu menstabilkan keadaan di Selangor. Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah.

Bagi saya hanya dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya dibatalkan sahaja niat untuk memberhentikan Khalid dan cara yang kedua ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihanraya negeri sekali lagi.

Jika diambil pilihan kedua ini ia boleh memberikan pengajaran kepada mana-mana parti terutamnya PKR dan Anwar secara peribadinya, yang tidak semua orang yang sentiasa bernasib baik dalam semua tindakan dan perbuatan. Cuaca tidak semestinya baik sentiasa. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Jika PKR dan PR tidak dapat membaharui kemenangan yang mutlak seperti pilihanraya dahulu, maka tindakan terburu-buru PKR untuk membuang Menteri Besar pilihannya sendiri itu merupakan satu ‘misadventure’ politik yang tidak ada tolok banding hasil negatifnya.

Tetapi yang lebih dalam lagi implikasinya dengan keadaan seperti ini, impian Anwar untuk ke Putrajaya hanya Allah sahaja yang boleh membantu beliau kesana. Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah. 

Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah ‘intra’ dan ‘interparty’ yang sangat serius.

Aspan Alias

No comments:

Can a Dead Duck come back alive?

  I HAVE NOT SEEN A MIRACLE FOR A LONG, LONG TIME. HAVE YOU SEEN ONE? ZAHID GIVEN A DNAA. NAJIS SENTENCE GIVEN A 50% DISCOUNT. ZAFRUL NOT CH...