Friday, August 8, 2014

Another joke for Selangorians

Sidang media Zuraida tidak sah! - Shuhaimi

email
comments
Sidang media Zuraida tidak sah! - Shuhaimi
Sidang media Zuraida tidak sah! - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sidang media Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Ketua Penerangan MPN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Tegasnya, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN Selangor.

"Kita setuju Wan Azizah mempunyai semua kelayakan politik dan akademik untuk memimpin sebuah kerajaan namun pimpinan tertinggi KEADILAN harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi ADUN dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon kedua Menteri Besar.

"Kami akur dengan keputusan hanya satu nama dibawa ke mesyuarat PR untuk diperhalusi sebagai calon menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi berharap agar diberikan ruang untuk mengemukakan nama tambahan," katanya kepada Astro AWANI di sini.

Pada Rabu, sidang media untuk mengumumkan pendirian MPN Selangor kecoh apabila satu kenyataan media berasingan MPN bercanggah dengan isi sidang media yang diberi Zuraida dikeluarkan.

Kenyataan itu didakwa meminta nama Azmin‎ dicadangkan bersama Wan Azizah untuk dicalonkan kepada MPP untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Kenyataan bercanggah itu menyebabkan Zuraida meminta mengguna kenyataan medianya yang diberi selepas kenyataan media yang didakwa palsu diedar.

Shuhaimi menjelaskan, MPN Selangor sendiri mendapat sokongan daripada lapan lagi Pengerusi MPN termasuk dari Sarawak.

"Selain itu Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan turut memberi sokongan kepada nama Wan Azizah dan Azmin," ujarnya.

Sementara itu, ketika mengulas isu Abdul Khalid, Shuhaimi meminta menteri besar itu memahami, sebarang cadangan perlantikan untuk menjawat jawatan MB, Exco dan Ahli Majlis adalah keputusan parti.

"Parti berhak cadang dan gugurkan sesiapa sahaja kerana ia sebahagian disiplin dalam parti politik.

"Bagaimanapun saya tidak menyokong fakta Abdul Khalid berkaitan integritinya disebar sebegitu rupa. Ia hanya untuk edaran dalaman sekali gus tindakan itu hanya memberi imej tidak baik kepada parti," jelasnya.

Dalam pada itu, Shuhaimi tidak menafikan MPN bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri walaupun tahu ia sukar selain mahu mengelak senario berkenaan berlaku.


No comments:

Can a Dead Duck come back alive?

  I HAVE NOT SEEN A MIRACLE FOR A LONG, LONG TIME. HAVE YOU SEEN ONE? ZAHID GIVEN A DNAA. NAJIS SENTENCE GIVEN A 50% DISCOUNT. ZAFRUL NOT CH...