Monday, April 7, 2014

Park is for the community not for politicians to enhance their egos.

Cadangan Pembinaan Helipad Di Taman Tasik Titiwangsa Diteruskan

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan akan tetap meneruskan cadangan pembinaan helipad (lapangan pendaratan helikopter) di Taman Tasik Titiwangsa walaupun diprotes oleh penduduk setempat.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rancangan itu bukan sahaja boleh dimanfaatkan ketika berlakunya kecemasan, malahan dapat menyediakan produk pelancongan baharu iaitu 'Heli City Tour' yang menyediakan pakej meninjau ibu kota dari udara.

"Saya merayu kepada penduduk di situ supaya jangan mementingkan diri dan mereka mesti faham bahawa Taman Tasik Titiwangsa di bawah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan bukannya ekslusif untuk mereka, ia harus dimanfaatkan oleh seluruh rakyat," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program KL Pagi Bebas Kenderaan kali keempat, di sini, Ahad.

Selain itu katanya, terdapat juga permintaan dari pelancong antarabangsa yang menggunakan jet persendirian ingin terus ke bandar raya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan menaiki helikopter.

Beliau berkata pihaknya juga berhasrat mengembalikan semula buaian roda gergasi, Eye On Malaysia, yang dipindahkan ke Taman Kota Laksamana, Melaka ke lokasi asalnya, Taman Tasik Titiwangsa, sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.

Tengku Adnan berkata dengan adanya helipad dan Eye on Malaysia, pakej pelancongan yang terdapat di Kuala Lumpur akan menjadi lebih sempurna dan setanding dengan bandar raya di luar negara.

Sementara itu, hampir 10,000 orang dengan berbasikal, berjoging, berkasut roda dan pelbagai aktiviti sukan yang lain menyertai program anjuran DBKL.

Tengku Adnan berkata program yang diadakan setiap hari minggu pertama bagi setiap bulan itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta malah dapat meningkatkan kesedaran warga kota untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi mengelak kesesakan jalan raya.

Seorang peserta, Felix Kan, 60, yang ditemui mencadangkan supaya DBKL mempertingkat kawalan lalu lintasnya sepanjang program berlangsung.

Katanya, walaupun hampir 10 jalan ditutup bagi acara sepanjang tujuh kilometer itu, namun terdapat segelintir pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang masih berdegil memasuki laluan yang ditutup dan keadaan ini membahayakan para peserta.

-- BERNAMA
FIRST WE HAD THE EYE AND NOW A HELIPAD.  GOD WHEN WILL YOU GET RID OF THESE PARIAHS.

No comments:

Quote

There are virtuous beings. The officials are the virtuous beings. The people are all innocents. The poverty is their only sin. The offic...