Monday, February 3, 2014

Working overtime

  

Kerani `Rajin’ Di Mahkamah Ipoh Curi RM1.5 Juta Wang Denda

                                                           Pic : The Malaysian Insider
Sepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan.
Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia 35 tahun itu terdedah.
Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah, beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil dan misdemeanor.
Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan.
Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013.
Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin.
Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.
Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari.
The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari.
Dia menggunakan “kelemahan” dalam sistem untuk membuat penyesuaian yang perlu dalam pangkalan data computer mahkamah supaya jumlah yang digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.
Kerani itu berjaya menyembunyikan aktiviti haramnya sehingga lewat tahun lalu apabila juruaudit datang untuk melihat rekod Mahkamah Tinggi Ipoh.
The Malaysian Insider difahamkan polis sudah menemubual kerani itu dan merakamkan kenyataannya.
Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kes itu.
The Malaysian Insider

No comments:

Quote

There are virtuous beings. The officials are the virtuous beings. The people are all innocents. The poverty is their only sin. The offic...