Tuesday, January 7, 2014

Conspiracy in Jungle Land

Kamal Hisham Jaafar JFK - Dubai, United Arab EmiratesKamal Hisham Jaafar JFK
INILAH KONSPIRASI YANG MEMALUKAN NEGARA TERUTAMANYA RAKYAT JOHOR. MAHKAMAH SYARIAH DAN ORANG AGAMA ORANG AGAMA TELAH DIPERGUNA DAN DIPERBODOHKAN BAGI MEMBOLEHKAN VVIP MEMBOLOT HARTA SERTA "NIAT JAHAT" DENGAN CARA TIDAK SAH DAN HARAM.

Empat Tahun lalu saya adalah Peguam kepada keluarga Diraja Johor. Hampir 17 tahun saya cuba "memperbaiki dan memperbetulkan" kepala Keluarga Diraja. Sayalah yang membuat kertas kerja dan menganjurkan Program Kembara Mahkota Johor demi menampakkan imej Keluarga Diraja Johor menjadi lebih baik yang selama itu "terlalu banyak perkara buruk "termasuk Jenayah Bunuh, Mencederakan , Rogol dan macam-macam lagi yang mungkin diketahui dan tidak diketahui umum. Banyak kes-kes Jenayah yang "ditutup" mengunakan pengaruh dan xxxxx.

KONSPIRASI MEMBUAT CERAI TALAK TIGA SECARA PENIPUAN adalah dua perkara, YANG SAYA ENGGAN BERSUBAHAT DAN MENENTANGNYA DENGAN KERAS , sehingga saya "telah ditohmah dan difitnah" dengan berbagai tuduhan yang lansung TIDAK MASUK AKAL. KEENGGANAN SAYA DIANGGAP MENDERHAKA, Saya mempunyai asas agama yang cukup dan diasuh untuk TIDAK MUDAH DIJUAL BELI DENGAN KEKAYAAAN DAN PANGKAT oleh keluarga saya.http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-2.html

APABILA SAYA MELAWAN DAN ENGGAN BERSUBAHAT pada bulan Julai 2010 , saya enggan dan tidak mahu menyediakan beberapa dokumen agar KONSPIRASI MENGENEPIKAN HAK HAK WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, saya telah "dilabel" sebagai "Penderhaka".

BIARLAH SAYA DIANGGAP "PENDERHAKA" ASALKAN SAYA TIDAK MENDERHAKA KEPADA ALLAH.

Ramai kawan kawan dan saudara mara telah menjauhkan diri dari saya selepas saya dianggap sebagai seorang "Penderhaka" dan "Kononnya Melakukan Jenayah". Saya hanya anggap kawan kawan saya dan saudara mara saya hanya "berkawan dan bersaudara" semasa saya berpangkat sahaja, apabila saya mendapat kesukaran mereka menjauhkan diri.

Saya hanya berserah kepada Allah agar KEBENARAN SAYA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH. BIARLAH SAYA HILANG PANGKAT DAN WANG RINGGIT NAMUN BERSUBAHAT DENGAN PERKARA MUNGKAR TIDAK SAMA SEKALI.

PELIK SUNGGUH KES INI, defendan tidak dipanggil atau diserahkan dokumen untuk menjawap sedangkan ini bukan saman sebelah pihak(ex parte). LUAR BIASA DAN MENCIPTA SEJARAH DUNIA, Ketua Hakim Syariah mendengar kes DI DALAM KAMAR sebagai HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH( sudah matikahkah semua Hakim Mahkamah Rendah di Johor?). AJAIB BIN PELIK, Kes difaikan oleh Orang yang telah meninggal dunia 7 bulan??????. BANYAK LAGI PERKARA JIKA DIKUPAS DAN DIBINCANGKAN SECARA AKADEMIK. MELUCUKAN DAN LAWAK, selepas 3 tahun barulah perintas diserah kepada Isteri yang di"ceraikan". GELI, YANG SERAH DOKUMEN bukan Peguam atau Mahkamah TETAPI PEJABAT MUFTI.

DI MANAKAH INTEGRITY SISTEM KEHAKIMAN DAN SISTEM PENTADBIRAN DI MALAYSIA? KALAU BEKAS PERFMAISURI AGONG MALAYSIA DAN SULTANAH JOHOR BOLEH DIPERLAKUKAN SEBEGINI MACAM MANA NASIB RAKYAT JELATA??. SIAPA YANG AKAN MEMBELA RAKYAT?, SAYA YANG CUBA MENGHALANG DAN MEMPERTAHANKANNYA DI FITNAH DAN THOMAH JUGA TIADA PEMBELAAN.

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN MENTERI BESAR HARUS CAMPUR TANGAN KERANA SISTEM DI JOHOR SUDAH ROSAK DAN HARUS DIPERBAIKI. JANGAN KERANA INGIN MEMBELA VVIP YANG BERKUASA KEBENARAN DIKETEPIKAN.

BANYAK LAGI PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN BERLAKU, APA YANG SAYA SENTUH TIDAK SAMPAI 10 %, KALAU SAYA DEDAHKAN AKAN MEMALUKAN INSTITUSI DIRAJA YANG SAYA PERTAHANKAN......DILEMA.

SAYA CUBA MENEGUR UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN AGAR INSTITUSI DIRAJA, INSTITUSI KEHAKIMAN SERTA SISTEM PENTADBIRAN SENTIASA DIHORMATI RAKYAT DAN TERUS MENDAPAT SOKONGAN SERTA KEPERCAYAAN RAKYAT.

YA ALLAH!! LINDUNGI DIRIKU DAN KELUARGA KERANA DENGAN PENDEDAHAN INI "BANYAK PERKARA BURUK AKAN DIBUAT LAGI TERHADAP DIRIKU DAN KELUARGA

No comments:

Gobind Singh or Mahathir now wants Estonian blockchain technology

What is blockchain technology and how is it related to e-Estonia?  Blockchain is a mathematically ensured cyber security technology for ...