Tuesday, December 24, 2013

Proud and no brain

TERPANAS ! NGO-NGO PRO BN MEMBIDAS MENTERI KABINET NAJIB BANGANG DAN TIADA OTAK?.....




Dari kiri Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, Tengah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Presiden Veteran Tentera Melayu Malaysia (Mohd Ali Baharom).


KUALA LUMPUR - Gabungan NGO Pro BN hari ini membidas tindakan menteri-menteri Kabinet yang dakwa mereka sering mengeluarkan kenyataan sebelum mengkaji rasional kenyataan tersebut.

Wakil mereka dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kebelakangan ini menteri sering mengeluarkan kenyataan tanpa kajian sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan nama baik perdana menteri.

"Kebanyakan menteri keluar kenyataan dulu, baru kaji balik.

"Sepatutnya sebarang kenyataan yang hendak dikeluarkan haruslah rasional dan bersifat profesional.

"...oleh itu saya sarankan menteri bincang dan fikir dulu kenyataan itu... Jangan susahkan PM," katanya dalam satu sidang media khas hari ini.


Mengulas perkara yang sama, Mohd Ridzuan turut membidas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dakwanya langsung tidak berani bertindak mempertahankan perdana menteri dan isterinya.

"Mana Ketua Wanita Umno apabila pembangkang mencerca PM dan isterinya.

"Jangan jadi penakut, bertindaklah," tegasnya.


Paling utama kenyataan mesti bela dan bodek kek semah......

Gambar: Aku tunggu je menteri terlepas cakap gini - Johan

No comments:

Circus of Clowns

CIRCUS OF CLOWNS HAVE APPEARED INTO MALAYSIA POLITICAL SCENE. OUT OF DESPERATION, THE CLOWNS WANT TO BE NOTICE. AT THEIR GATHERING PAID ...