Friday, October 25, 2013

Maznah Hamid the hotshot

                                                       
Semalam aku ada sebut...syarikat keselamatan yg BIG and STRONG jumlahnya sikitnya dan mereka milik KRONI....Macai msg aku . 'kenapa lu suka fitnah UMNO' cukuplah dgn dosa yg ada'.. gitu lah ayat macai UMNO....jadi mlm ni aku buktikan. bahawa aku bkn fitnah.... syarikat yg mengaji pengawal warga asing yg melakukan rompakan dan pembunuhan itu milik pemimpin UMNO.....Securiforce Sdn Bhd ... Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid, EXCO Wanita UMNO.. so pada macai... korang masuk gelanggang aku... jika tak pandai baca langkah aku.. elok belajar dulu, kan dah malu..!! 

Tembak pegawai bank: KDN batal lesen syarikat keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

-Bernama

No comments:

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...