Wednesday, September 11, 2013

UMNO officially has become Banglasia Party

SEREMBAN – Tindakan lebih 100 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong, Labu yang membuat demonstrasi di hadapan Bangunan Umno Bahagian Rasah kelmarin dikatakan adalah untuk kepentingan individu tertentu.

Ketua Umno Cawangan Kampung Gadong, Yusof Jaafar berkata, isu pengguguran ahli Umno tiada masalah kerana nama yang digugurkan bersebab.

“Masalah gugur ahli Umno dan masuk ahli baru ini sudah berlaku sejak tiga tahun lalu. Ianya bukan masalah tetapi sengaja diprovokasi pihak tertentu disebabkan pemilihan Umno akan berlaku dalam masa terdekat.

“Kita menggugurkan beberapa nama atas sebab uzur, sudah berpindah dan tidak aktif. Bukan kita sengaja menggugurkan nama sesuka hati dan memasukkan ahli baru dengan mudah,” kata Yusof.

“Saya akui mungkin ada nama yang terlepas pandang. Namun, senarai ahli terkini telah disemak dan diiktiraf oleh Majlis Tertinggi Umno.

“Mengikut Laporan Penyata Tahun 2012, terdapat 286 ahli dan sekarang kita hanya mempunyai 228 ahli. Ahli yang digugurkan hanya 58 sahaja bukan 100 lebih sepertimana yang mereka dakwa,” katanya.

Yusof berkata, isu keahlian ini boleh diselesai dengan mengadakan perbincangan namun mereka tidak mahu.

“Saya sedia untuk berbincang namun mereka tidak mahu dan sengaja membuat provokasi sehingga mesyuarat kecoh dan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali.

“Dalam mesyuarat, saya langsung tidak dibenarkan bercakap dan mereka menghambur kata-kata kesat.

“Mereka sengaja memperbesarkan isu ini dan sanggup membuat provokasi agar Umno Cawangan Kampung Gadong digantung,” jelas Yusof.

Pemantau Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, berkata, Datuk Jaafar Datuk Shahardin, berkata, ahli Umno yang membuat kecoh itu merupakan penentang Barisan Nasional (BN).


“Mereka hanya ahli pada nama saja tetapi menyokong parti pembangkang. Masa PRU tempohari merekalah orang yang menentang Umno dan menghasut ahli lain agar tidak menyokong BN.

“Kita ada banyak bukti dan tidak mahu mengambil tindakan kepada mereka. Tetapi, tidak sangka mereka sanggup buat provokasi seperti ini hanya untuk kepentingan diri sendiri untuk berebut jawatan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad berkata, pihak tersebut boleh memanjangkan masalah kepada Majlis Tertinggi Umno.

“Perkara ini boleh diselesaikan jika pihak tersebut mahu duduk berbincang. Namun, mereka tidak mahu dan tetap berkeras dengan pendirian mereka.

“Jika tidak puas hati, boleh adu kepada Umno Pusat bukannya membuat kecoh ” kata Baharin.

Kelmarin lebih 100 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong berdemonstrasi di hadapan Bangunan Umno Bahagian Rasah kerana berang nama mereka digugurkan sebagai ahli Umno tanpa sebab.

Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Gadong, Baharudin Abu Bakar, berkata, masalah nama ahli digugurkan telah dikesan sejak tahun 2009 lagi.

“Pada tahun 2009, ahli Umno Kampung Gadong adalah seramai 258 orang. Kemudian, pada tahun 2010, ahli Umno datang mesyuarat di balai raya mendapati ada 50 ahli baru yang terdiri daripada orang luar yang tidak dikenali.

“Pada tahun 2012, ahli Umno direkodkan seramai 268. Seramai lebih 100 ahli yang terdiri penduduk kampung telah digugurkan nama dan kemudian dimasukkan ahli baru yang terdiri daripada ahli India-Muslim,” katanya.


Menurutnya, masalah ini berlarutan apabila ahli Umno terbabit tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat cawangan pada 1 September lalu.

“Apabila ahli Umno terbabit datang ke balairaya untuk bermesyuarat, mereka memberitahu nama tiada dalam senarai dan dihalau keluar,” katanya.

Baharudin berkata, mesyuarat yang dihadiri kira-kira 150 ahli Umno itu terpaksa ditangguhkan apabila berlaku pergaduhan.

“Kami semua amat tidak puas hati dengan pemimpin cawangan yang bertindak sesuka hati membuang ahli tanpa sebab dan memasukkan ahli baru yang tidak dikenali hanya kerana mahukan jawatan.

“Kami berdemonstrasi ini sebagai tanda tidak puas hati dan mahu Majlis Tertinggi Umno dan juga Presiden Umno campur tangan dalam masalah ini agar ada jalan penyelesaian,” desak Baharudin.

Ahli Umno Cawangan Kampung Gadong, Rohayati Ayub, 63, berkata, dia kecewa apabila dihalau daripada menghadiri mesyuarat Umno Cawangan Kampung Gadong pada 1 September lalu.

“Saya hadir bawa kad keahlian Umno dan apabila sampai balai raya mereka mengatakan nama saya tiada dalam senarai dan tidak dibenarkan masuk.

“Saya tanya atas sebab apa nama saya digugurkan, mereka kata kena tanya pemimpin cawangan.

“Bukan saya sahaja, malah rakan-rakan dan tiga orang anak saya turut mengalami nasib yang sama apabila diberitahu nama tiada dalam senarai.

“Sejak zaman muda lagi saya dah menjadi ahli Umno. Saya sedih bila dapat tahu nama digugurkan tanpa sebab,” kata Rohayati.

Sementara itu, Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Labu, Mokhtar Othman, berkata, mesyuarat terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku pertikaman lidah.

“Mengikut perlembagaan Umno, mesyuarat yang berjalan dalam keadaan huru-hara sehingga berlaku pergaduhan perlu dihentikan.

“Saya telah mengambil keputusan untuk menangguh mesyuarat ke tarikh yang lain. Setakat ini, sudah dua kali penangguhan mesyuarat terpaksa dibuat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Mokhtar berkata, dia mengakui terdapat beberapa nama ahli digugurkan pemimpin cawangan namun sebab digugurkan tidak diketahui sehingga kini.
***********************************
Now more and more Malays are finding themselves being kicked out of UMNO and replaced by Bangla.
So in the GE14 the Malays have no more right to vote.

No comments:

Challenge to PH Government for SST Forum

Malaysians are no longer stupid. I believe it is time Malaysians should be given the right to a proper hearing before the implementation of...