Sunday, May 5, 2013

Datuk Husam turut bersama mengkebumikan bondanya.



Sahabat-sahabat sekelian..hari ini saya kehilangan Ummi..

Saya berada di atas kenderaan di Kota Bharu tadi..rancak berbincang dengan sahabat..bagaimana hendak membantu pengundi Kelantan pulang mengundi Pakatan Rakyat..

Kemudian pabila telefon berdering..saya menjawab panggilan isteri yang berada di sisi Ummi di hospital..diberitahu Ummi telah tiada..

Saya terdiam dan tertunduk seketika..terkejut kerana sewaktu menziarahi ummi sebelum ini..beliau tersenyum ceria..saya tatap wajahnya seolah-olah saya tidak mahu berpisah dengannya buat
selama-lamanya..

Masya Allah..kehendak-Nya mengatasi keperluan hamba yang dhaif ini..
Lantas saya meminta saudara Razak menelefon Abe Mat Sohok, AJK Masjid Kg Kota untuk menguruskan persiapan jenazah..

Saya minta Abe Mat galikan kuburan Ummi dekat dengan kubur arwah bapa yang sudah kembali beberapa tahun yang lalu..

Saya sendiri, lantas menghubungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mat untuk beliau mengimamkan solat jenazah Ummi..Alhamdulillah Tuan Guru sudi..

Lantas saya teringatkan adik-adik..sempatkah mereka pulang menziarahi Ummi..sedangkan kita tahu sekarang ini..keadaan trafik dari KL ke Kelantan..jem teruk..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami..Ya Allah ku pasrah dengan kehendak-Mu..

No comments:

Very Sad Day for All Malaysians

  High Court dismisses durian farmers’ judicial review application THERE IS NO JUSTICE WHEN IT COMES TO OUR RIGHTS. IN MALAYSIA ONE CANNOT W...