Tuesday, April 23, 2013

P099 Ampang BN Candidate

Skandal Dr Rozaidah Talib Calon BN Ampang
Azamin Amin 
Thu | Sep 06, 07 | 1:12:05 pm MYT 

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Ampang, Dr Rozaidah Talib disyaki berkelakuan tidak sepatutnya yang boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang wakil rakyat, di sebuah hotel di ibu kota pada 26 Ogos lalu. 

Menurut sumber, hasil maklumat orang ramai suami Rozaidah yang merupakan seorang pengurus bank, Radzmi Othman, 47, telah datang ke hotel terbabit kira-kira jam 4 pagi bagi 'menyerbu' bilik yang dipercayai didiami oleh Ketua Wanita Ampang itu dengan dibantu pengurus dan pengawal keselamatan hotel. 

Difahamkan, suami beliau telah berusaha menghubungi pihak Jabatan Agama Islam Wilayah untuk membuat tangkapan namun tiada sebarang jawapan dan respon ke atas panggilan Radzmi itu. 

Dalam kejadian pagi Ahad itu, Dr Rozaidah enggan bekerjasama setelah pintu bilik tersebut diketuk oleh suaminya dan didakwa meminta suaminya itu menunjukkan waran tangkap ke atasnya. 

Walau bagaimanapun atas nasihat polis, Radzmi membatalkan niat menyerbu bilik berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira jam 6.35 pagi kepada Koperal Azizan Hassan yang menyatakan bahawa beliau mengesyaki isterinya berkelakuan tidak sewajarnya. 

Harakah menghubungi untuk meminta pengesahan laporan kejadian di balai polis berkenaan namun diarah untuk merujuk kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Anggota yang dihubungi enggan mengulas namun percaya Ketua Polis Sentul ACP K. Kumaren ada maklumat tentang kejadian itu dan boleh mengesahkan kesahihan laporan. 

Setelah beberapa kali menghubungnya dan paling mutakhir jam 10 pagi tadi, Harakah masih gagal untuk mendapat pengesahan daripada Kumaren kerana beliau sedang bertugas di luar pejabat. Menurut anggota polis yang menjawab panggilan Harakah, laporan berkaitan Dr Rozaidah itu sememangnya ada di atas meja OCPD Sentul. 

Akhbar baru-baru ini menyiarkan permohonan suami Dr Rozaidah, Radzmi untuk pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya yang dilafazkan beliau di rumah mereka, sebulan lalu. 

Dipercayai juga, Radzmi telah merujuk semula dan sewaktu kejadian terbabit, status beliau masih lagi sebagai suami Rozaidah. 

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari Khamis menetapkan 14 November bgai menentukan status perceraian Dr. Rozaidah. 

Ini berikutan permohonan suami Ahli Parlimen itu, Radzmi Othman memohon pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya yang dilafazkan beliau di rumah mereka, bulan lalu. 

Dalam berkembangan berkaitan, laman web Agendadaily melaporkan Ahli Parlimen BN kawasan Ampang, itu menafikan desus-desus hangat mengatakan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Sumber turut memaklumkan bahawa kejadian di hotel berkenaan memang tiada kaitan dengan kes tangkapan khalwat. 

Ramai pemanggil ke pejabat Harakah tidak senang dengan senario yang berlaku dan menganggap jika terbukti, maka Rozaidah tidak layak menjadi wakil rakyat kerana menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada masyarakat. 

Beliau juga merupakan ahli parlimen paling kerap ke luar negara atas urusan rasmi kerajaan yang turut didedahkan oleh sebuah akhbar iaitu sebanyak 11 kali yang telah menelan belanja wang kerajaan sejumlah RM141,391



No comments:

Malaysians Reject Mahathir Kutty