MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak
pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan
semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa
meragukan.
Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.
Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.
Beliau seterusnyamemfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.
"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.

This is no bloody joke.
No comments:
Post a Comment