Monday, April 16, 2012

Who are the traitors in Malaysia?


PETALING JAYA 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto).

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai “bakal pengundi” yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. “Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13,” tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.


Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. “Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13,” katanya lagi.


Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000 pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain. Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal. Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan kemenangan BN].

No comments:

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...