Thursday, March 29, 2012

YB Umno Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti!!

Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:


Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama?  Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Gambar di bawah pula menunjukkan bagaimana Umno meraikan ahli-ahlinya - dengan persembahan tarian gelek demi kelangsungan meneruskan legasi;

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam. 

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM. 

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13. 

Gambar ini diambil malam tadi(27 Mac) dari dua kamera berbeza;



Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.  

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata. 

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

RM1 billion takeover of KKMart coming soon.

  Conspiracy, conspiracy. That is the hot issue today. Before I start, can you guess WHO STAND TO GAIN OVER THE SOCK ISSUE? EBIT LIEW LOST H...