Sunday, February 19, 2012

Jessica and her tow truck


I am already confused with the so-called debate which turned out to be ceramah.
So can Jessica explain why LGE must be responsible for the rising cost of food and cars been towed away?  Rising cost of food responsibility lies with the Federal Government and towing of cars MPPP.
Can someone in MCA explain this to Jessica?
**************************************************

PRESS: Pegawai MCA lantikkan Kerajaan Pusat buat kenyataan fitnah dan menghasut terhadap PBT

This is my press statement against the accusation of Ms. Jessie Ooi, MCA-BN’s Parliamentary Coordinator for Selayang who said that 1) Penang local authorities raised assessment rate after 308 and burdened the people and 2) she personally saw cars parked illegally on the road are being towed by the local authorities after 10.30pm. Chinese translation of the statement can be found here.
——————–
180212 | Bukit Mertajam
Selaku Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang, saya berasa amat kecewa dengan kenyataan Penyelaras Kawasan Parlimen Selayang dari MCA, Jessie Ooi berikut:
1. PBT di Pulau Pinang telah menaikkan cukai pintu ataupun cukai kadaran selepas 8 Mac 2008, dan
2. Pekerja PBT Pulau Pinang telah menunda kereta yang parkir secara haram selepas jam 10.30pm
Beliau telah mengeluarkan kenyataan tersebut semasa sesi soal jawab program debat antara Setiausaha Agung DAP, Saudara Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek pada 18 Februari 2012 yang diadakan di Hotel Berjaya di Kuala Lumpur.
Kenyataan pertama adalah tidak benar sama sekali, PBT di Pulau Pinang tidak menaikkan cukai kadaran sejak 8 Mac 2008. Ini merupakan fitnah yang telah menjadi budaya Barisan Nasional.
Kenyataan kedua amat dikesali kerana Ooi telah mempersenda serta mengecam pekerja PBT terutamanya penguatkuasa PBT yang diberi mandat oleh undang-undang mengenakan tindakan ke atas kereta yang parkir secara haram. Jika kenyataan beliau benar, maka ini secara tidak langsung mengiktirafkan budaya kerja PBT di Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat yang tidak mengenal penat berkhidmat untuk keselesaan dan keselamatan rakyat. Ooi bukan sahaja tidak menghormati peranan dan sumbangan pekerja awam di PBT malah memberi gambaran seolah-olah undang-undang tidak perlu dipatuhi selepas waktu kerja. Ini jelas menunjukkan MCA serta pemimpin MCA seperti Ooi tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan menghalalkan perlanggaran undang-undang PBT pada waktu malam.
Jessie Ooi sebagai seorang pemimpin MCA dan pegawai penyelaras kawasan Parlimen Selayang lantikkan Kerajaan Pusat telah menunjukkan kejahilan beliau tentang kerja-kerja PBT. Justeru, Ooi patut memohon maaf secara terbuka kepada PBT di Pulau Pinang iaitu, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta seluruh staff dan Ahli Majlisnya atas kenyataan beliau tersebut.
Steven Sim
Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

No comments:

Zahid's land corporation proposal is insidious, unfeasible

  One proposal announced by no less than Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi went relatively unnoticed at the recently concluded  Anwar...